Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Artikel Rahsia Vatican

Tuesday, 24 February 2015

Pilihan Yang Berat

Zaim: Ini benar-benar suatu pilihan yang amatlah berat. Tak dapat saya bayangkan bagaimana dahsyat suasana pada waktu itu. Jika saya derhaka kepada mak saya pun tidak akan dikira Allah Subḥānahu wa ta'āla s.w.t sebagai derhaka. Macam mana agakanya suasana pada waktu itu pakcik?

Bishop: Vatican benar-benar merindui peperangan salib. Tidak ada peperangan yang lebih perit pernah dilalui oleh paderi-paderi melainkan perang salib. Penjajahan dan perang dunia sekalipun lebih selesa dari menghadapi Salahudin.

Lebih 200 tahun itu adalah penentu nyawa gereja. Kami benar-benar bertuah mempunyai seorang wali seperti St. Valentino. Dia adalah orang ke-2 selepas Paus. Sebagai menghargai jasanya, kami telah mempamerkan jasad St. Valentino di Vatican. Bukan itu saja malah paderi-paderi yang berjasa besar kepada Vatican telah disemadikan di dalam keranda cermin.

Pada hari ini ada 200 orang Cardinal yang sebenarnya adalah orang yang sama kehebatannya seperti St. Valentino. Jika seorang saja St. Valentino boleh menewaskan Salahudin, bayangkan saja betapa dahsyatnya peperangan jika 200 orang ini turun padang.

Cardinal penjaga di wilayah matahari terbit pernah berkata kepada saya, peperangan yang dijanjikan Tuhan Muhammad nanti, penderitaan manusia itu sama seperti penderitaan yang dihimpunkan sejak terciptanya manusia. Kemudian dicampakkan untuk pengikut Muhammad sebagaimana Muhammad telah menjadi wakil kepada kerja-kerja Nabi terdahulu.

Maka begitu juga pengikutnya akan menjadi wakil dan merasa kesakitan umat Nabi-Nabi terdahulu. Ya, 200 kali ganda lebih dahsyat dari perang salib. Muhammad ke-2 (Imam Al-Mahdi) perlu menentang 200 orang Cardinal ini. Jika tidak usah bermimpi untuk berdepan dengan Paus Roman Peter II.

Zaim: Tapi bukankah Imam Al-Mahdi akan berkuasa selama 7 tahun? Maksudnya dia akan menewaskan Paus Roman Peter II dalam masa 7 tahun?


Bishop: Setelah 700 tahun kami merancang pelaksanaannya dan dengan mudah sahaja Tuhan Muhammad ingin menghancurkanya dalam masa 7 tahun? Saya ingin lihat bagaimana Muhammad akan melakukannya nanti.

Dikafirkan Tanpa Pedang Dileher

Zaim: Kalau sudah murtad tak dikira murtad, jadi macam mana erti murtad bagi pakcik?

Bishop: Murtad bagi saya adalah tidak mengetahui kedua-duanya. Diberi tangan kanan digenggamnya iman. Apabila dia membuka genggamanya dia melihat apa yang ada di tanganya dia tidak tahu apa dia.

Diberi tangan kiri digenggamnya kafir, apabila dia membuka genggamanya dia melihat apa yang ada di tanganya dia tidak tahu apa dia.

Dahulu kami cuba mengkafirkan sahabat-sahabat Muhammad dengan pedang di leher mereka, kami gagal kerana mereka sedar. Mereka melihat di depan mata mereka kami sedang memurtadkan mereka. Lihatlah 'Benedictine Order' akan mengkafirkan Islam tanpa pedang di leher mereka. Sungguh bodoh!

Islam yang terakhir ini akan kafir tanpa mereka menyembah berhala. Pekerjaan kamu seharian yang telah mengkafirkan kamu kerana kami satu-satunya kaum yang mengetahui dengan sebenar-benarnya bagaimana perhitungan Tuhan Muhammad. Tuhan Muhammad itu menghitung bukan mengikut kesukaan kamu.

Islam seperti apakah ini? Apabila kami katakan 'Benedictine Order' telah menyebabkan kerosakan jiwa saudara-saudara mereka lalu untuk menyedapkan hati sendiri mereka berkata, “Kami tidak buat apa apa pun, kami cuma mencari rezeki”.

Apabila mereka buat kebaikan, mereka berkata Tuhan menilai di atas diri mereka yang melakukannya. Apabila jasad mereka telah melakukan kejahatan, mereka mengatakan pula Tuhan menilai hati mereka. Tuhan Muhammad telah diperbodoh-bodohkan oleh penyembahnya sendiri. Maka dengan itu jugalah Tuhan Muhammad mengira mereka kafir walaupun mereka tidak berniat begitu.

'Benedictine Order' dicipta sempurna sehinggakan ia tidak memerlukan persetujuan dari hati kamu. Jasad kamu lakukan maka kamu akan dihitung oleh Allah di hari akhirat.

Zaim: Ish, kalau begini tiada siapalah yang akan terlepas dari dikafirkan sebab semua orang bersalah dan cuba menutup kesalahan diri dengan memperalatkan niat sahaja.

Bishop: Ya, dan Paus Roman Peter II telah mendapat pengikutnya yang ramai dari kalangan para perempuan (yang comel-comel). Lelaki yang mengikut Muhammad ke-2 akan meninggalkan perempuan ini walaupun perempuan ini adalah ibu, isteri dan anak mereka sendiri. Bodoh benar makhluk perempuan ini.

Setelah Muhammad yang terdahulu selamatkan mereka dari ditimbus di padang pasir, mereka khianat kembali kepada Muhammad. Nuh itu sudah merasa betapa sakitnya maka giliran kamu akan tiba nanti. Tuhan Nabi Muhammad telah menjanjikan pengikut kami terbanyak dari kalangan perempuan dan benar-benar telah memberikannya cuma kamu tidak menyedarinya.

Zaim: Adakah pakcik sekarang ini cerita pasal petanda Kiamat? Yang saya ingat, Islam sendiri ada mengatakan wanita adalah yang paling ramai menjadi pengikut Al-Masihud Dajjal dan masa itu hubungan sebagai suami, isteri, ibu dan anak akan terputus sehinggalah Nabi Isa a.s akan mengajar kembali manusia untuk membina keluarga semula.

Bishop: Ya, pada masa itu jiwa manusia yang benar-benar digenggam oleh Tuhan Muhammad saja yang sanggup meninggalkan orang yang mereka cintai dan mereka sayangi kerana iman kepada Tuhan. Manusia seperti ini adalah diluar kemampuan Vatican. Tapi saya tidak peduli mengenai si celaka ini kerana Paus sudah pun mempunyai pengikut yang meliputi isi bumi ini. Besi pun lebih lembut dari hati si celaka ini.

Bagaimanakah mereka ini mendapatkan kekuatan untuk mengabaikan orang yang mereka sayangi. Kekecewaan Lucifer (Iblis) telah disediakan Tuhan Muhammad. Kami tahu!

Akan tiba masanya kewajipan mentaati sesama manusia akan digugurkan oleh Tuhan Muhammad sehingga seorang anak yang meninggalkan ibunya sudah tidah dihitung sebagai derhaka.

Wahai Tuhan Muhammad, kami ingin saksikan bagaimanakah kamu akan melanggar hukum yang kamu sendiri telah ciptakan terhadap manusia. Pada waktu itu manusia akan merasakan bahawa Tuhan mereka telah menipu janji-janjinya. Paus akan buatkan Tuhan Muhammad terperangkap dengan suruhan agama ciptaannya.

Apabila Muhammad menyuruh kamu meninggalkan ibu kamu yang tidak lagi menyembah Tuhannya lalu dengan senang-senang saja Paus datang dan berkata, “Wahai Muhammad, bukankah dulu kamu mengajar mereka supaya mentaati orang tua mereka? Sekarang kamu mengajar mereka derhaka pula, kamu dan Tuhan kamu ini sememangnya penipu.”

Lihatlah mana satu pilihan kamu. Mereka yang menyertai Paus Roman Peter II akan berbahagia. Tidak perlu terpisah dengan keluarga mereka dan mereka yang memilih mengikut Muhamamd akan menderita. Derita yang teramat sangat sehingga pedang yang menyiat kulit mereka itu dirasakan seperti dihinggap nyamuk saja. Hati mereka umpama cermin yang bukan saja pecah tapi hancur luluh menjadi butiran pasir.

Ilmu Yang Disihirkan

Zaim: Pakcik cakap ilmu yang disihirkan? Ilmu pun boleh disihirkan? Tak pernah saya dengar ilmu sesuatu yang boleh disihirkan. Dalam Islam pun saya tak pernah dengar pasal ini. Saya ingat sihir tu perkara jahat yang berkaitan alam ghaib saja.

Bishop: Vatican dan keturunannya tidak akan sesekali menyihir jasad manusia. Kami tidak akan melakukan perkara-perkara bodoh seperti sihir-sihir murahan di dunia ini. Wahyu pertama kepada Muhammad telah di 'benedictine' kan. Hanya Vatican dari Paus hinggalah paderi saja di atas planet ini yang mampu melakukan semua ini.

Kami sedar bahawa kami adalah nama-nama makhluk yang tertulis di dalam Al-Quran dan menjadi sebab mengapa kamu umat Islam diwajibkan mengenali 25 orang Rasul.

Kenapa media bersungguh-sungguh mempromosikan sejarah perang kepada masyarakat. Apa sebenarnya yang sudah berlaku. Siapa orang yang terawal pakai baju kot dan tie. Sihir itu sendiri adalah ilmu. Ilmu yang disihirkan itu macamana pula?

Zaim: Sekarang ini memang susah hendak pastikan siapa yang akan jadi pengikut Al-Masihud Dajjal ini. Saya sendiri tak boleh nak membandingkan sesiapa yang jadi pengikut dan siapa yang terselamat.
Bishop:  Ya, sekarang ini apabila saya melihat wajah orang-orang Islam, wajah mereka semakin lama semakin menyerupai kaum-kaum penyembah berhala “patung”. Malah saya pernah melihat seorang perempuan muslim 30 tahun dahulu dan saya datang kepada kepada perempuan itu dan mengatakan bahawa dia sebenarnya telah murtad. Perempuan ini kembali bertanya kepada saya bagaimana saya mengetahuinya? Saya tidak menjawab dan terus beredar. Saya tidak gembira melihat perempuan itu.

Zaim: Eh, kenapa pakcik tidak jawab pertanyaan wanita itu? Bukankah pakcik sepatutnya suka perkara ini berlaku?

Bishop: Saya tidak gembira mengenai perempuan itu kerana di dalam dirinya ada kemampuan untuk kembali kepada Islam.

Zaim: Tapi pakcik kata wanita itu telah murtad. Macam mana pula pakcik katakannya akan kembali kepada Islam?

Bishop: Kerana dia mampu membezakan dirinya sendiri, dia boleh menilai Islam itu bagaimana dan murtad itu bagaimana pula. Kamu mesti menilai perempuan itu murtad bukan? Tetapi tidak bagi saya, saya mahu dia lebih dari murtad. Tetapi perempuan seperti itu tidak lagi wujud malah manusia telah dipersiap-siapkan untuk lebih dari murtad.

Nasib Manusia Keseluruhannya Ditentukan Dengan Angka

Zaim: Bagaimana seorang manusia seperti Paus, Paus Benedict XVI boleh menentukan nasib manusia dengan angka. Apakah angka tersebut?

Bishop: Angka itu adalah apa yang manusia sebut ia sebagai 'mata wang'. Lihatlah wahai manusia bagaimana kamu dikawal kehidupan hanya dengan angka sahaja. Bukan apa pun, dengan angka sahaja. Lihatlah penderitaan manusia yang disebabkan 'tidak cukup angka dalam poket mereka'. Mereka kelaparan, tidak mampu berkahwin, bermusuh, membunuh, mencuri, menindas dan mereka mengkhianati sesama sendiri. Semua disebabkan 'angka-angka pada kertas'.

Dan pada waktu ini kamu sedang berkata 'ini cuma duit saja bukan ada apa-apa pun'. Jika mata kamu lihat duit maka kamu akan kata itu adalah duit. Bodoh sungguh! 'Benedictine Order'  telah membina kelemahan manusia supaya menilai sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat di depan mata saja.

Sekarang ini katakanlah kepada saya,'Saya bangga jadi seorang ahli perniagaan', 'Saya bangga mendapat ijazah'. Kasihan sungguh manusia. Manusia sendiri menjayakan 'Benedictine Order' . Wahai Muhammad! segala usaha kamu dahulu telah hancur lebur.

Zaman Muhammad cuma ada pasar. 'pasar' telah menjadi 'pasaran', 'wang' telah menjadi 'mata wang'. Terima kasih kasih kepada dua orang Kesatria Vatican iaitu Keluarga Weishpaut dan Keluarga Rotschild dan tidak lupa juga kepada Keluarga Rockefellar.

Angka-angka yang boleh dipegang dengan tangan sekarang ini hanya untuk dilihat sahaja. Wahyu terakhir Al-Quran sudah sempurna diperangi. Cuma tunggu Paus Terakhir sahaja yang bukan sahaja menjentik angka ini tapi untuk pijak habis-habisan angka-angka ini.

Zaim: 'Benedictine Order' ini sungguh rumit sehingga saya sudah tidak tahu mana hujung pangkalnya. Tidak tahu bagaimana semua ini bermula.

Bishop: 'Benedictine Order'  boleh dilihat dengan hati. Hati kamu mesti lebih pantas dari pandangan mata supaya akal kamu tidak ditipu pandangan mata. Tetapi saya lihat kamu tidak mampu.

Zaim: Jika manusia biasa tidak mampu melihatnya macamana kami boleh terlibat sama dengan 'Benedictine Order' padahal kami tidak tahu kewujudannya?

Bishop: Untuk itu kami telah menghasilkan makhluk yang sama pantas seperti malaikat.

Kadang-kadang bila kita tengok bursa saham, nilai mata wang kita tak tahu bagaimana ianya terhasil kemudian dengan tak sengaja terberi kuasa pada orang untuk mengawal kita. Silap kita kerana menganggap ia cuma nombor2 sahaja. Kalau bisnes forex atau internet lagi teruk. Tiba-tiba sahaja dapat duit tapi tak tahu macamana ia berlaku. Mungkin ada orang yang tertindas disebabkan keuntungan kita kerana kita tak nampak depan mata.

Zaim: Vatican mencipta makhluk yang sama pantas seperti malaikat? Adakah ini suatu perumpamaan atau memang makhluk ini sebenarnya ada dan boleh dilihat?

Bishop: Makhluk hina ini hanya sebagai sebab saja dan tidak penting bagi kami. Apa yang lebih utama adalah serapuh mana jiwa manusia dapat dihasilkan dengan masa yang semakin suntuk ini. Ya, hanya tinggal setahun dua ini sahaja lagi.

Tujuan penciptaan adalah arahan Vatican. Yang membuatnya adalah kesatria-kesatria tetapi ia tidak terus dicipta. Apabila 'Benedictine Order'  telah sempurna duduk bertakhta di hati manusia barulah ia dilepaskan.

Zaim: Maksud pakcik makhluk ini bukan matlamat tetapi ia dicipta untuk membantu menjayakan 'Benedictine Order'? Apa yang pihak pakcik buat sebelum makhluk ini dilepaskan?

Bishop: Semasa penjajahan, walaupun pemerintahan telah dipisahkan dengan raja yang hanya menguruskan agama dan budaya, hasilnya masih tidak memuaskan. Kerajaan di seluruh dunia telah digulingkan tapi semua agama di dunia ini masih tegak berdiri.

Umat Islam masih menyembah Tuhan Muhammad, umat kafir di timur dan barat, utara dan selatan masih menyembah berhala. Begitu sakit hati Paus dan paderi-paderi Vatican melihat suasana ini. Sakit hati yang teramat sangat. Banyak nyawa dan harta telah raja-raja Eropah korbankan untuk Vatican. Vatican bukan mahu kekayaan hasil bumi di tanah jajahan dan raja-raja Eropah untuk melindungi gereja.

Zaim: Kenapa kehidupan sesuatu rakyat tidak berubah walaupun kerajaan mereka telah digulingkan?

Bishop: Walaupun kerajaan mereka telah hancur tetapi rakyat masih mampu berdikari dan tidak ada masalah. Mereka lari ke ceruk hutan dan gua lalu mencari makanan sendiri. Kebergantungan kepada raja tidak wujud.

Rakyat tahu apa yang mereka harus lakukan. Mereka tidak perlukan pimpinan sesiapa. Sesiapa sahaja mampu berjuang. Merekalah raja, merekalah bapa, merekalah guru, merekalah rakyat. Seorang saja mampu buat pelbagai perkara.

Lalu Paus berkata, “Jadikan mereka setiap seorang satu kebolehan saja. Kamu akan lihat pemerintahan Paus-Paus Benedictine akan datang nanti, rakyat akan memberi makanan kepada pahlawan, pahlawan akan memberi keselamatan kepada rakyatnya, jika rakyat mati, pahlawan akan mati kelaparan.

Pisahkan antara pahlawan dan rakyat”. Kunci 'Benedictine Order'  adalah 'mewujudkan kebergantungan antara satu sama lain' supaya mereka menjadi benar-benar lemah sebelum Muhammad ke-2 datang.

Pecahkan mereka kepada banyak bahagian.

•    Rakyat yang menjadi pahlawan,
•    rakyat yang bercucuk tanam,
•    rakyat yang mengurus rakyat,
•    agamawan yang hanya menulis kitab dan
•    raja yang hanya patung sahaja.

Itulah yang dinamakan 'negara'. Tetapi selepas beberapa ratus tahun kemudian barulah kami dapat mewujudkan kebergantungan sehabis mungkin terhadap 'Benedictine Order'.

Zaim: Selepas beberapa ratus tahun? Jadi penjajahan dunia itu boleh dikira permulaan bagi Vatican mengusai manusia? Dalam masa itu apa yang Vatican telah lakukan? Bagi saya ianya suatu masa yang amat lama.


Bishop: Memang ianya mengambil masa yang lama untuk manusia menerima pakai order ini. Selepas penjajahan tamat, semua manusia tidak mahu peperangan berlaku lagi. Semua manusia telah terpadam semangat untuk berjuang.

Kami telah mengajarkan nenek moyang kamu ini supaya menyayangi jasad sendiri. Kesatria kami berkata kepada nenek moyang kamu, “Jangan risau..walaupun kami ini menjajah kami tetap akan menjaga keselamatan kamu. Kamu perlukan keamanan supaya kamu boleh beramal.”

Lalu nenek moyang kamu yang bodoh itu menjawab, “Ya..ada baiknya juga ada orang yang tolong menjaga keamanan untuk kami maka tidak perlulah kami bersusah-payah.” Bodoh sungguh mereka ini! Kami telah mewujudkan suatu kebergantungan yang paling asas sekali iaitu keselamatan jasad.

Zaim: Kenapa Vatican mahu penjajah jaga keselamatan kami? Kenapa tidak bunuh sahaja nenek moyang kami kan senang? Kami pun tiada nanti. Sungguh panjang perancangan Vatican. Keselamatan jasad, ada kait mengait ke dengan ''Benedictine Order' '?

Bishop: 'Benedictine Order'  akan berada di dalam setiap manusia. Masalah seterusnya ialah bagaimana hendak membuatkan manusia ini menerima 'Benedictine Order'  dalam keadaan mereka tidak sedar.
Ya, tidak sedar kerana Paus mahu ia berlaku tanpa berunding dengan manusia. Bila berunding dengan umat manusia maka akan wujud pilihan mahu atau tidak?

Bagi mengelakkan wujudnya pilihan maka ada sesuatu mesti berlaku supaya pilihan tidak wujud. Untuk membuatkan pilihan tidak wujud sesuatu mesti berlaku supaya orang tidak sedar apa yang sedang berlaku.

Untuk membuatkan manusia tidak sedar sesuatu yang berlaku mesti semuanya secara semulajadi. Bukan mudah untuk mengatasi daya fikiran manusia yang berbilion orang jumlahnya.

Zaim: Jadinya 'Benedictine Order' ini bukan suatu pilihan. Patutlah dulu pakcik cakap pasal bayi. Sejak bayi lagi 'Benedictine Order' sudah menguasai manusia. Apa yang pakcik maksudkan “sesuatu harus berlaku” supaya 'Benedictine Order' diterima tanpa wujud pilihan dan tidak disedari orang?

Bishop: Kamu masih ingat lagi! Ya, selepas jasad manusia selamat, manusia sudah menyukai suasana selamat maka peperangan besar-besaran harus berlaku sekali lagi supaya membuatkan manusia merasa mempertahankan jasad adalah syarat iman dapat dipertahankan. Untuk perang ini berlaku, para Paus Renaissance telah memudahkan pekerjaan para Paus Benedictine.

Renaissance telah mewujudkan manusia yang percaya ilmu-ilmu yang menyebabkan kesejahteraan terhadap jasad manusia lalu Vatican telah mewujudkan suatu suasana yang manusia panggil ia sebagai 'revolusi industri' maka umat kafir yang bodoh ini (orang Eropah) mula mencipta barang-barang yang memberi keselesaan kepada jasad. Bermula dengan ini umat manusia mula belajar menyayangi barang-barang ini.

Perlumbaan membuat senjata sengaja dijalankan supaya umat manusia rasa memiliki 'Benedictine Order'  suatu kewajipan. Perang dunia pertama direka supaya dapat membuatkan penjajah berkata kepada ulama-ulama kamu, “Rakyat perlu memiliki kemampuan serta kebolehan seperti orang-orang Eropah. Mungkin rakyat dijajah sekali lagi jika tidak mampu bersaing senjata. Perlu ada kemajuan ilmu.” Lalu raja dan ulama kamu yang bodoh itu berkata,  “Umat Islam mesti menguasai ilmu kerana dengan ilmu kita dapat mempertahankan diri kita.”

Oleh sebab itu penjajah mula menubuhkan pahlawan dari orang-orang tempatan dan ‘'Cantus'’ telah bertapak di tanah jajahan yang seperti saya ceritakan sebelum ini.

Zaim: Maksud pakcik perang dunia pertama ini hanya rekaan Vatican semata-mata untuk membuatkan manusia menerima 'Benedictine Order'? Sampai macam ini sekali perlu berlaku?

Bishop: Ya, Renaissance tidak boleh berlaku di timur sebab Islam telah memenangi jiwa manusia di sana terlebih dahulu. Jika renaissance mampu berlaku di sana maka mudah saja 'Benedictine Order' diterima oleh orang2 Timur.

'Benedictine Order' adalah musuh wali-wali Islam sebab itu mereka sengaja menjadi orang miskin. Jika nenek moyang kamu itu seharian mereka hanya solat sahaja, mana mungkin boleh disuruh menjadi seorang saintis, doktor, peguam, jurutera, artis secara tiba-tiba. Ya mustahil secara tiba-tiba tanpa sebab.

Paus memerintahkan penjajah supaya jangan sedikitpun wujud suasana paksaan maka perang harus direka sebaik mungkin supaya dapat membina kerelaan hati membina kerjasama umat supaya bersatu menghadapi peperangan.

Hitler adalah kesatria Vatican yang amat disayangi Paus Benedict XVI. Jasa Hitler menjayakan 'Benedictine Order' telah membuatkan kami merinduinya. ”Perjanjian Concordat” benar-benar memberi tuah kepada Vatican.

Zaim: Hah! Maksud pakcik Adolf Hitler dan Nazi? Wah! hebat betul sejarah menipu dunia ini. Tak terfikir saya macamana perang ini boleh direka.

Bishop: Selepas perang tamat maka umat manusia telah sedar betapa pentingnya ilmu ini. Ilmu 'benedictine'. Bodohlah nenek moyang kamu itu.

Disebabkan peperangan, keselamatan jasad manusia telah diragut. Manusia telah hidup menderita dan mula merasakan rindu kepada keamanan. Ini telah membuatkan penjajah berpeluang untuk berkata kepada mereka, “Lihatlah disebabkan rakyat mengabaikan kepentingan untuk memajukan diri, rakyat telah menjadi lemah kerana tidak dapat mempertahankan tanah air. Tidak ada ilmu untuk bersaing dengan negara musuh, bila sudah perang rakyat hendak beribadat pun tidak boleh”

Lalu penjajah berkata, “Kamu perlu mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air kamu. Jika tidak agama kamu pun tidak akan selamat. Peperangan ini sungguh kejam, membunuh dan menindas sesiapa saja dan kamu mesti tahu bagaimana nak mempertahankan diri.”

Lalu nenek moyang kamu yang bodoh itu pun menjawab, “Ya..benar, kami perlu selamatkan tanah air kami dan agama kami. Kami tidak mahu tanah air menjadi seperti negara-negara yang berperang itu. Sila ajar kami bagaimana nak mempertahankan tanah air kami.”

Perang dunia pertama telah membuatkan nenek moyang kamu tiada pilihan selain belajar dari penjajah. Tiada pilihan.

Paus sangat gembira dengan berita yang dibawa oleh paderi-paderi Jesuit. Maka Paus memerintahkan penjajah mengajarkan mereka ilmu-ilmu untuk melindungi keselamatan jasad, cara-cara membina sebuah kerajaan, mengajarkan mereka menguruskan wilayah dan meramaikan lagi pahlawan tempatan.

Pembesar-pembesar dan pejuang kemerdekaan kamu yang bodoh itulah orang terawal diajarkan 'Benedictine Order' . Pada waktu ini kamu belum diajar lagi ilmu Renaissance iaitu ilmu yang memberikan kenikmatan kepada jasad. Selepas itu paderi-paderi Jesuit telah mengadu kepada Paus bahawa 'benedictine' sudah mula diterima tetapi bagaimana ia akan mengalir sehingga ke setiap kelahiran manusia.

Kelahiran manusia lebih pantas dari 'Benedictine Order'  menjalar ke bumi. Vatican belum berpuas hati dengan pencapaian ini selagi ia tidak menjalar kepada semua manusia lalu Paus memerintahkan “Knight of Teutonic” untuk membantu kerja-kerja Knight of Templar apabila 'benedictine' telah sempurna membina landasan untuk dipelajari pula oleh setiap nyawa manusia nanti.

Malang sungguh umat sekalian manusia. Ilmu-ilmu cendekiawan Islam yang asli berada di tangan Vatican. Ilmu-ilmu yang penjajah ajarkan kepada kamu adalah ilmu-ilmu yang telah di “sihir” kan.

Fungsi Manusia Dibahagi-bahagikan

Zaim: Kepantasan 'Benedictine Order' yang dikatakan direka sekecil zarah itu bagaimana?

Bishop: Membahagi-bahagikan fungsi manusia supaya tujuan dan hikmah sesuatu ciptaan 'Benedictine Order' tidak meresap ke dalam penglihatan mata manusia. Bila ia tidak meresap ke dalam penglihatan manusia maka semuanya akan menjadi indah belaka. Kejahatan akan dilihat sebagai kebaikan dan kebaikan akan dilihat sebagai kejahatan.

Membina kelemahan manusia supaya menilai sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat di depan mata saja. Misalnya di zaman Muhammad dahulu, jika dia seorang peniaga maka dia akan melakukan pekerjaan sebagai peniaga sahaja. Dialah yang menimbang, menerima bayaran dan menjual.

'Benedictine Order'  telah mengecilkan fungsi manusia seperti yang kamu lihat pada hari ini dalam kerajaan dan perniagaan yang mempunyai pelbagai tugas dan masalah. Kamu akan berkata, 'Saya hanya berniaga saja', 'saya hanya pekerja saja'. Maka bodohlah kamu kerana tidak mengetahui jika fungsi kamu digabungkan akan menjadi apa. Kamu merasakan ianya pekerjaan yang baik sebab kejahatan itu tidak berlaku di depan mata kamu.

Kejahatan 'direka sekecil zarah' memang kamu tidak nampak. Peranan manusia yang pelbagai ini apabila digabungkan akan memberi kuasa kepada Vatican untuk menentukan nasib masyarakat dunia.

Kuasa di hujung jari kami untuk mengawal berbilion manusia dengan angka-angka sahaja. Bila Paus jentik sahaja angka tersebut maka berjuta-juta manusia akan menderita.

Wali Gereja?

Zaim: Wali-wali gereja? Gereja pun ada pangkat wali? Adakah mereka mempunyai kebolehan seperti wali-wali Allah Subḥānahu wa ta'āla yang pakcik cakap sebentar tadi?
Bishop: Tuhan Muhammad itu adil. Dia memberikan musuh-musuh Muhammad kelebihan yang sama. 'Benedictine Order'  ditulis oleh wali-wali Vatican. Mereka “menulis seperti malaikat”, Ya, menulis seperti malaikat, menulis di dalam jiwa bukannya di atas kertas.

Zaim: “Menulis seperti malaikat”? Malaikat apa yang menulis? Adakah pakcik mengatakan menulis seperti malaikat raqib dan atid? Malaikat yang menulis amal kejahatan dan kebaikan?

Bishop: Ya, benar sekali. Jiwa manusia adalah roh. Roh manusia diciptakan dari cahaya. Malaikat menulis amalan kamu sepantas cahaya. Jiwa manusia sifatnya berubah-rubah dan iman manusia berubah-rubah sepantas cahaya. Maka 'Benedictine Order' perlu direka sekecil zarah supaya ia boleh berfungsi dan bergerak sepantas cahaya.

Zaim:  Kenapa 'Benedictine Order' direka sekecil itu dan perlu bergerak sangat pantas seperti cahaya?

Bishop: 'Benedictine Order' perlu direka pantas supaya mampu berfungsi dalam keadaan diri kamu tidak menyedarinya. Apabila kamu tidak menyedari ia berlaku, maka kamu sebenarnya telah pun ditipu. 'Pandangan mata selalu menipu, tafsiran akal selalu tersilap dan dan lidah pula selalu tersasul', bukankah kata-kata ini terkenal dikalangan orang-orang Islam?

'Benedictine Order'  Meresap Sepantas Cahaya

Zaim: Apa pentingnya 'Benedictine Order'  perlu sepantas cahaya?

Bishop: Pandangan mata yang selalu menipu. Ya, mata paling banyak belajar. Disebabkan mata berfungsi dengan cahaya, urat-urat saraf menghantar isyarat ke otak sepantas cahaya maka 'Benedictine Order' perlu sepantas cahaya.

Zaim:  Ini agak mustahil jika 'Benedictine Order' sepantas cahaya. Contohnya sebuah kereta, adakah kereta perlu bergerak sepantas cahaya dan contoh yang bukan benda seperti sistem pendidikan, adakah ianya juga bergerak sepantas cahaya? Jika ya, sudah tentu mata tidak sempat melihatnya. Macamana manusia boleh tertipu?
Bishop: Yang pantas itu bukan jasad atau penampilan tetapi tujuan dan hikmah sesuatu ciptaan 'Benedictine Order' meresap ke dalam jiwa. Meresap ke dalam jiwa sepantas cahaya.

Meresap sepantas cahaya? Lama juga aku termenung sementara jiran itu sedang membuat kerja-kerja di dapur.

Wali Islam Celaka?

Zaim: Wah! hebat juga pihak pakcik tidak perlu menulis 'Benedictine Order' pada kertas. Kalau bukan tulis pada kertas, Vatican tulis dimana? Mustahillah pakcik! Perkara ini begitu rumit. Akal manusia tak mampu ingat semua ni.

Bishop: Tiada masalah bagi Paus malah Paderi sekalipun. 'Benedictine Order' hanya berlegar-legar di ingatan mereka. Kami sangat kenal wali-wali Islam lebih dari anak murid wali itu sendiri mengenali gurunya.

Wali Islam lebih mulia dari malaikat. Mulia bukan setakat nama malah wali Islam mampu melakukan sesuatu yang malaikat mampu lakukan.

Zaim: Memanglah wali-wali Allah Subḥānahu wa ta'āla mulia. Manusia dan malaikat kan makhluk yang berbeza, berbeza alam. Mana mungkin manusia mampu melakukan perkara yang malaikat boleh lakukan.
Bishop: Tuhan Muhammad pernah berkata bahawa malaikat mampu mengira jumlah titisan hujan yang turun dari langit tetapi wali Islam mampu mengira kerosakan jiwa manusia satu per satu dan sebab ia berlaku umpama jumlah titisan hujan yang turun ke bumi.

'Benedictine Order'  akan merosakkan jiwa manusia sedikit demi sedikit umpama titsan hujan yang turun ke bumi. Wali Islam memang celaka.

Mereka ini akan menggangu urusan Paus. Wali Islam mampu menghidu ''Benedictine Order' '. Maka 'The Knight Templar' telah menjejaki bumi wali Islam sehingga ke timur dan ke bumi bangsa Melayu di Nusantara.

Di Nusantara, 'The Knight Templar' telah menemui “tapak kaki” terakhir wali-wali Islam. Mereka perlu ditentang dan dibunuh. Paus pernah mengarahkan 'The Knight Templar' untuk membunuh Wali Sembilan atau ingin melihat tapak kaki Wali Sembilan di Rome.

Rupa-rupanya wali-wali Islam hanya tahu perkara-perkara yang menyebabkan kerosakan jiwa. Tetapi tidak tahu bagaimana mahu menghasilkan perkara-perkara itu. Wali-wali Islam bukan tandingan kepada kebijaksanaan Paus dan 'wali-wali gereja'.

Cuba Mencari Sesuatu

Bishop: Sudah lama kamu tidak kelihatan, kemana kamu pergi? Pakcik kamu tu kesunyian.

Zaim: Saya pergi balik kampung (Malaysia) sekejap sebab ada hal sikit.
Bishop: Ermm, buat persiapan?

Terkedu tekak aku bila dia berkata begitu.

Zaim: Tidaklah, cuma jumpa kawan-kawan lama sahaja.

Bishop: Semua itu hanya sia-sia. Di dapur rumah saya pun hanya cukup untuk sehari-harian

Zaim: Tidak  juga. Selain tu saya ada kumpulkan peristiwa dan berita2 di kampong saya seperti surat khabar bertarikh sebelum kemerdekaan sehinggalah sebelum saya meninggalkan Malaysia. Kemudian saya suruh peguam saya susun setiap perlembagaan undang-undang dari yang paling besar hinggalah yang paling kecil menjadi bentuk seperti pokok yang ada sudahan dan ranting sehingga daunnya.

Saya sewa sebuah dewan dan mengupah orang menulisnya di atas kertas kemudian menyusun kertas satu persatu mengikut susunannya sehingga penuh lantai dewan ke kaki lima.

Kertas ini bewarna hitam kemudian saya minta peguam saya 'trace record' kes mahkamah yang pernah berlaku di Malaysia dan tulis di atas kertas dan susun kes mengikut kertas hitam tadi (kes yang berdasarkan peruntukan undang-undang). Kertas mahkamah ini bewarna coklat dan ditampal di atas kertas hitam itu.
 
Di sebuah dewan yang lain, kami susun oranganisasi kerajaan, kementerian, jabatan mengikut pokok dan rantingnya. Kertas kerajaan ini bewarna biru. Selepas itu kami susun fungsi dan duti-duti setiap oranganisasi kerajaan ini di atas kertas hijau. Kertas hijau ditampal di atas kertas biru.

Di sebuah dewan yang lain juga, kami susun oranganisasi kerajaan dari pemerintah, menteri, pegawai-pegawai kerajaan (susun mengikut gred jawatan). Oranganisasi kerajaan ini kertasnya bewarna merah kemudian tugas-tugas jawatan ditulis di atas kertas oren. Kertas oren di tampal di atas kertas merah.

Dan di 6 dewan yang terakhir, dewan yang paling besari, ni yang paling sukar. Kami menyusun setiap peristiwa- peristiwa dan berita- berita yang berlaku selama lebih 50 tahun, 365 hari setahun, 30 hari sebulan, 7 hari seminggu, 24 jam 1 hari. Kertas peristiwa ini bewarna kuning. Pokok dan dahannya berdasarkan turutan tarikh. Banyak juga duit dan orang yang saya belanjakan untuk kerja-kerja ini.


Bishop: Jika orang lain tahu, orang akan kata kamu ini kurang siuman tapi tidak bagi saya kerana saya tahu kamu sedang mencari sesuatu yang orang lain tidak pedulikan. Tapi kamu akan menemui jalan buntu semasa menyusun semua ini.

Zaim: Betul itu pakcik. Tapi macmana pakcik tahu?

Bishop: Kamu mahu melihat “'Benedictine Order' ” dengan seluas mata memandang. Kamu mahu tahu bagaimana 'Benedictine Order' ini berhasil. Tapi susunan itu banyak kekuranganya. Manusia yang perlu menggerakkanya. Kamu tidak akan mampu menulis bilangan manusia di atas kertas.

Zaim: Pihak pakcik mesti pernah buat perkara seperti ini? Saya rasa mungkin Vatican telah menyusulnya beratus tahun dahulu. Itu anggapan saya saja.
Bishop: Kami tidak pernah tulis di atas kertas sekalipun. Ia hanya bermain di kepala kami saja.

Umat Islam Diumpan Menolak Imam Al-Mahdi

Zaim: Kalau macam inilah keadaanya, orang-orang kafir lagi bodoh sebab mereka lagi maju. Tapi pasti ada orang-orang Islam yang akan lawan 'Benedictine Order'.

Bishop: Mahukah kamu tahu mengapa Muhammad ke-2 (Imam Al-Mahdi)  akan kelihatan seperti orang jahat seperti yang saya katakan sebelum ini? Sebab dia menentang 'Benedictine Order'.

Ya, setelah umat Islam sendiri mengakui bahawa pekerjaan mereka mendatangkan keselesaan hidup dan mereka berkata “Ilmu-ilmu ini dari cendekiawan Islam dahulu dan lihatlah kawan-kawanku inilah nikmat Islam.”

Sebab itulah umat Islam diumpan supaya mereka mempertahankan ilmu-ilmu ini bahawa ia lahir dari sarjana-sarjana Islam padahal kami telah mengubah suai ilmu ini sebelum penjajah mengajarkannya kepada kamu.

Apabila Paus Roman Peter II muncul nanti, umat Islam akan dituduh oleh orang-orang kafir bahawa ilmu-ilmu kepunyaan Islam lah yang membawa kerosakan kepada diri mereka. Orang-orang Islam akan dibunuh habis-habisan oleh orang kafir. Gereja tidak perlu buat apa pun. 

Adakah orang-orang Islam yang dikatakan “umat Islam cemerlang” akan meninggalkan semua “kecemerlangan” mereka ketika Muhammad ke-2 (Imam Al-Mahdi) datang untuk mencabut kecemerlangan palsu mereka? 

Saya fikir tidak! Mereka akan mempertahankan 'Benedictine Order'.

Saya izinkan untuk kamu cerita perkara ini kepada orang-orang Islam dan kamu akan lihat mereka akan berkata kepada kamu, “kamu dan cerita kamu semuanya tipu belaka”.

Zaim: Siapa yang akan kata macam itu kepada saya?

Bishop: Mereka semuanya.

Umat Islam Bersaing Menjayakan 'Benedictine Order'

Zaim: Pelik dan ajaib! Apa yang telah berlaku sehingga berbilion-billion orang telah berkhidmat untuk Paus?

Bishop: Dulu dari kampung kamu Malaysia, ada pemimpin kamu yang telah memerintah selama 20 tahun diundang menemui Paus John Paul II dan pemimpin kamu telah ditanya tentang pencapaian 'Benedictine Order' di sana. Paus John Paul II sangat gembira dengan pemimpin kamu yang sukakan orang-orang Jepun iaitu ”Dasar Pandang Ke Timur”.

Dia selalu mengulang-ulang ayat ini kepada Paus John Paul II. Sebab itulah mengapa orang-orang Islam sengaja dicabar dengan ilmu ini dan ilmu itu, mundur ini dan mundur itu, maju ini dan maju itu. Orang-orang kafir segaja dimajukan supaya orang Islam tersepit dan membuatkan orang-orang Islam merasa 'Benedictine Order'  suatu keperluan hidup.

Orang-orang Islam tidak menyedarinya bahawa mereka bersaing untuk 'Benedictine Order' . Saya seorang Bishop harus tahu kata-kata orang Islam yang terkenal seperti 'Berjaya di dunia dan akhirat', 'Menjadi seorang Islam yang cemerlang'.

Semua dirancang supaya ia meyakinkan kamu tanpa kami suruh anda berkata seperti itu.

Zaim: Jadi 'Benedictine Order' ini sudah berjaya ke belum? Kalau ia sudah berjaya kenapa orang Islam sekarang ini masih mampu mengucapkan syahadah?


Bishop: Sebenarnya ianya telah dirancang 1,000 tahun dahulu. Semasa zaman seorang paderi yang bernama St. Malachy, Vatican telah merancang bahawa Paus yang ke-111 akan memikul suatu pekerjaan maka Kardinal Joseph Ratzinger semasa ditabalkan sebagai Paus yang ke-111 diberi nama “Paus Bendict XVI” iaitu Paus terakhir yang menggunakan nama 'benedict'. Dia Paus yang akan meraikan kejayaan 'Benedictine Order'. Kejayaan ini dinamakan sebagai “Glory of The Olive”.

Apa yang Islam sedang perjuangkan? Bodoh benar orang-orang Islam. Sungguh menakjubkan melihat pengikut Muhammad sebodoh ini.

Disebalik 'Neck Tie'

Zaim: Sedangkan Paus sendiri mengakui cakap macam itu dan mereka tidak layan apatah lagi Imam Al-Mahdi? Apa pakaian yang mereka pakai sampai sedahysat ini jadinya?

Bishop: Mereka adalah orang-orang yang memakai 'tie'. Itulah simbol 'Benedictine Order'. Bukan itu saja malah apa saja pekerjaan manusia yang didatangkan dengan pakaiannya adalah 'Benedictine Order'. Mereka orang yang kamu kata sebagai “golongan profesional”, kolar putih dan kolar biru.

Pakaian formal dan pakaian seragam semuanya berkhidmat untuk 'Benedictine Order'. Lihat saja pakaian pelajar sekolah, doktor, ahli perniagaan yang mana mereka semua sama sahaja walaupun pakaian diantara mereka berbeza tetapi fungsi mereka sama saja iaitu 'Benedictine Order'.

Mereka semuanya tidak menyedari bahawa mereka sendiri menjayakan 'Benedictine Order'. Semua manusia benar-benar telah dikuasai gereja.

'Benedictine Order' Dalam Negara

Zaim: Walaupun hati saya mungkin akan sakit mendengarnya tapi saya sedia mendengar.

Bishop: Muhammad dan sahabat-sahabatnya tidak membenarkan ilmu sesuatu yang memberikan harga kepada diri sendiri maka kami hasilkan perkara-perkara yang berlawanan dengan Muhammad dan sahabat-sahabatnya.

Setiap perkara yang kamu lalui sehari-harian akan membentuk jiwa-jiwa kamu. Semasa kamu kanak-kanak kamu diajar menggunakan pancaindera, diajar bagaimana sesuatu ilmu itu akan meresap di otak kamu, diajar membaca, menulis, mengira, mewarna, bermain, berlari dan selepas itu kamu akan ditanya, “Bila sudah besar nanti nak jadi apa? Apa cita-cita kamu nanti?”.

Kamu pula diajar supaya menjawab “Bila saya sudah besar saya hendak jadi doktor, cita-cita saya menjadi peguam dan sebagainya.” Perbezaan jiwa belum wujud tetapi fungsi-fungsi watak sudah kamu fahami.

Selepas itu kamu akan diajar fungsi-fungsi ilmu, bagaimana setiap ilmu akan bertindak mengikut maknanya sendiri. Kamu merasa kagum dan percaya ilmu selepas itu kamu akan dipisahkan dengan orang lain.

Kamu diajar untuk menilai “pelajar pandai” dan “pelajar bodoh”. Pelajar pandai mendapat pujian, pelajar bodoh dimarahi oleh ibu mereka. Ini adalah asas untuk memecah belahkan kamu tetapi pada masa yang sama kamu diajar “perpaduan antara kaum” supaya kamu percaya warna kulit menyebabkan perpecahan padahal perbezaan ilmu adalah senjata.

Ilmu yang berbeza maka pekejaan kamu berbeza, berbezalah duit kamu, berbezalah rumah kamu, berbezalah perhiasan kamu, berbezalah maruah kamu. Selepas itu kamu diajar “miskin kaya tiada beza sama sahaja”. Maka lupalah kamu bagaimana ia bermula.

•    Pelbagai masalah kehidupan direka supaya pelbagai penyelesaian dapat direka.
•    Pelbagai penyelesaian direka supaya pelbagai ilmu dapat direka,
•    Pelbagai ilmu direka supaya pelbagai pekerjaan dapat direka,
•    Pelbagai pekerjaan direka supaya pelbagai taraf kehidupan dapat direka,
•    Pelbagai taraf kehidupan direka supaya pelbagai jiwa manusia dapat direka,
•    Pelbagai jiwa manusia direka supaya pelbagai maruah dapat direka,
•    Pelbagai maruah direka supaya pelbagai cara diri mereka akan dibeli.

Maruah yang akan mengkafirkan semua orang Islam dan mereka yang kafir sememangnya telah kafir.

Patutlah kadang-kadang aku tengok di hotel-hotel, orang Islam yang kononnya 'smart' dengan selamba minum arak yang bermaksud mereka ini sebenarnya telah kafir. Kalau yang sudah kafir itu memang tiada orang peduli pun sebab mereka sememangnya begitu. Kalau perempuan Islam yang sengaja tak pakai tudung itu agak-agak tarafnya apa?  

Zaim: Perhhh!! Teliti betul kerja pihak pakcik ini. Tapi bagaimana ‘maruah’ boleh mengkafirkan orang-orang Islam? Apa buktinya? Bukannya kami tiada fikiran untuk menilai macamana sesuatu keadaan itu untuk dinilai sebagai kafir.

Bishop: 'Benedictine Order'' telah berkuasa terhadap semua manusia di planet ini. Tiada siapa dapat melarikan diri malah manusia berebut-rebut memilikinya. Mereka sangat menyayangi diri sendiri malah mereka akan mempertahankan maruah ini dengan apa cara sekalipun. Kami tidak perlu buat apa-apapun, percayalah!

Seperti ‘'Cantus'’, kami juga memberikan pakaian yang indah kepada mereka ini dan mereka benar-benar sukakannya malah jika Paus berkata kepada mereka 'pakaian ini adalah khidmat kamu kepadaku'  mereka akan menafikannya.

Bagaimanakah Muhammad ke-2 (Imam Al-Mahdi) dapat menyelamatkan mereka sedangkan Paus sendiri sudah mengatakan kebenaran tetapi ditolak?

PBB Ejen 'Benedictine Order'

Zaim: Kenapa pihak pakcik perlu buatkan kami menerima ia sebagai ilmu?

Bishop: Sebab ilmu itu sebenarnya adalah undang-undang. Ilmu adalah undang-undang untuk jiwa kamu dan undang-undang bertulis yang ada di dunia ini masih lagi sebagai undang-undang tetapi ia untuk jasad kamu.

Contohnya ilmu “sains”. Kenapa ia diajar kepada kamu dalam bentuk ia sebagai ilmu dan bukan ia diajar dalam bentuk undang-undang?

Sudah pasti kamu tidak mahu belajar sebab kamu akan lihat ia sebagai suatu paksaan. Para Paus telah amanahkan 'Benedictine Order' ini kepada United Nation (UN).

Zaim: United Nation (UN)? Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu? Apakah pakcik sudah gila dan mengarut? PBB adalah badan kebajikan dan membantu negara miskin serta menjadi rujukan mana-mana negara di dunia ini. Pakcik jangan cakap sembarangan.

Bishop: 'Benedictine Order'' is symbolize by the olive wheat and grain” dan kamu lihat UN menggunakan simbol 'benedictine'. Para Paus telah membina perjuangan yang akan diselesaikan oleh Paus yang akan datang.

Perasan juga aku yang logo PBB itu memang ada simbol 'benedictine'. Planet bumi di dalam dan diluarnya ada simbol mengelilingi bumi seperti padi dan ada bentuk gandum, macam daun zaitun pun ada di kanan dan kiri.

Saya tahu apabila kamu mendengar United Nation, di fikiran kamu akan terbayang suatu kuasa besar dari sebesar-besar undang-undang sehingga sekecil-kecil undang-undang dilaksanakan. Pertama kali 'Benedictine Order'  datang kepada kamu apabila kamu lahir saja bilamana perlu daftar sijil lahir sehinggalah kamu mati kena daftar sijil mati juga dan 'Benedictine Order'  terpisahlah dari kamu.

Tidak kiralah undang-undang jenayah, undang-undang ekonomi, undang-undang jalan raya sekalipun dan apa sahaja di dunia ini yang namanya undang-undang ia adalah 'Benedictine Order'.

Zaim: Ah, tidak mungkinlah pakcik. Bukankah setiap negara ada peruntukan dan menggubal undang-undang sendiri? Macamana pakcik kata semua undang-undang di dunia ini milik gereja?

Bishop: Saya tidak menipu kamu. Lihat saja di mana-mana negara sekalipun pada bendera, jata, mahkamah, perlembagaan dan apa saja yang seumpamanya semuanya memakai simbol benedictine. ''Cantus'’ dan 'Benedictine' seperti adik-beradik yang mereka tidak boleh dipisahkan.
  
Zaim: Undang-undang untuk jiwa? Kalau 'Benedictine Order'  untuk undang-undang jasad manusia sudah ada simbol pada jata, bendera, perlembagaan semua itu, 'Benedictine Order'  untuk undang-undang jiwa manusia apa pula?

Bishop: Ini adalah yang berat sekali bagi kamu dan katakanlah pada saya yang kamu tidak ingin mengetahuinya.

Kedahysatan 'Benedictine Order'

Zaim: Tadi pakcik cakap pekerjaan Paus Benedict XVI hampir selesai. Apa yang dia sudah buat? Kenapa ada orang ganti dia? Kenapa tidak terus memimpin sampai kiamat?
 
Bishop: Paus sudah tua. Jasad manusia ada usia tetapi jiwa tiada usia. Jiwa boleh diserahkan pada jasad yang masih hidup. Tiada masalah bagi mana-mana Paus jika jasad mereka mati jiwa mereka akan disambung oleh Paus yang seterusnya.

Paus Pius XII yang terdahulu telah melahirkan seorang hamba yang telah diberikan oleh Paus satu kuasa yang akan menemui sesiapa sahaja. Seseorang hamba yang akan menemui kamu tanpa jasad Paus di depan kamu.

Hamba ini akan pergi ke setiap manusia yang bernyawa. Ya, begitu pantas ia datang apabila bayi-bayi baru saja keluar dari rahim ibunya. Selepas itu hamba ini akan mengikut sehingga sejauh mana usia bayi-bayi itu. Hamba ini buta, tidak mempunyai rupa dan tidak mempunyai nama.

Zaim: Siapa hamba yang Paus Pius XII lahirkan itu? Adakah ianya berkaitan dengan orang?

Bishop: Paus Pius XII pernah berkata, “Siapkan jasad tanpa jiwa dan siapkan jiwa tanpa jasad?” Pekerjaan para Paus telah membuatkan lidah-lidah manusia berkata, “pecah dan perintah, pecah dan perintah” yang telah diajar kepada kamu dengan perbezaan warna kulit padahal kami menghasilkan ianya lebih halus lagi.

 “Pecah dan perintah” ke atas warna kulit kamu sudah dilakukan dengan meletakkan suatu kaum di suatu wilayah yang kamu kata ia “negara”. Selepas itu “pecah dan perintah” ke atas hati-hati kamu pula. Sungguh menakjubkan sehingga hari ini kamu masih memahami ia sebagai perbezaan warna kulit.

Selain sahabat-sahabat Muhammad, hanya kami sahaja yang mengerti apa itu, “Demi Tuhan yang jiwa Muhammad ditanganNya”. Sekarang ini ia telah menjadi “Demi Tuhan yang jiwa-jiwa manusia di tangan Paus.”

Muhammad sungguh bijaksana. Muhammad hanya membenarkan wujud hubungan Tuhan dan makhlukNya, Rasul dan umatnya, raja dan rakyatnya, ibu bapa dan anaknya dan tidak wujud hubungan lain.

Kami telah mewujudkan pelbagai hubungan manusia dengan watak kehidupan palsu. Contohnya sebuah perniagaan yang perlu ada orang yang bernama pengarah, timbalan, setiausaha, eksekutif dan lain-lain.

Perbezaan watak inilah yang akan 'pecah dan perintah.' Tidakkah mereka terfikir mengapa watak-watak ini tidak wujud semasa zaman Muhammad dahulu.

Kamu telah kami ajar supaya merasa diri sebagai kaum yang bodoh sekiranya tidak wujud semua watak-watak itu dalam kehidupan kamu.

Zaim: Nanti sekejap pakcik. Adakah ini yang dikatakan “hamba” Paus? Tiada sebarang simbol pun seperti sebelum ini?
Bishop: Ada. Para Paus telah menamakan “hamba” ini sebagai 'Benedictine Order'. Ya, 'Benedictine Order'. Ia sangat persis untuk mengetahui jiwa-jiwa manusia sama ada mereka akan menyembah Tuhan Muhammad atau menyembah Lucifer (Iblis).

Zaim: Aku ingatkan ianya orang. 'Benedictine Order'! adakah ia sesuatu seperti peraturan atau undang-undang?

Bishop: 'Benedictine Order' adalah segala perkara di dunia ini yang tertulis di atas kertas kemudian kamu akan mengatakan ia sebagai ilmu maka terjadilah diri kamu seperti hari ini. Bukan mudah nak membuatkan kamu menerima ia sebagai ilmu.

Kedatangan Paus Roman Peter II

Jiran saya baru saja pulang selepas mendapat undangan dari Gereja St. Peter Basilica, Vatican kerana ada urusan penting dan mesyuarat dengan 2,500 orang Bishop di suatu tempat yang dia enggan beritahu.

Zaim: Apa pasal pakcik nampak sibuk, selalu outstation, buat apa? Orang Islam pergi  haji di Mekah, pakcik pergi Vatican pula. Vatican ada buat haji?

Aku rasa macam ketawa memperlinya bersahaja.

Bishop: Bagaimanakah kamu boleh ketkamuan saya padahal setahun dua ini adalah haji yang terakhir bagi umat Islam. Kamu sudah berkahwin?

Zaim: Belum lagi. Kenapa pakcik tanya?

Ada hati juga pakcik ini nak tanya padahal dia juga sudah tua tapi masih belum berkahwin.

Bishop: Sekarang ini adalah keturunan Islam yang terakhir melangsungkan perkahwinan. Jika kamu tidak berumah tangga dalam masa setahun dua ini kamu akan menyesal seumur hidup kerana tidak ada lagi kesempatan untuk berumah tangga apabila Paus Roman Peter II dilepaskan dari rantai yang mengikatnya sejak sekian lama. Umat Islam sendiri yang membuatkan rantai itu terputus.

Zaim: Apa maksudnya haji terakhir dan terakhir kahwin? Siapa itu Paus Roman Peter II yang dilepaskan?

Bishop: Akan sampai masanya kami akan tanggalkan pakaian kami. Kami tidak lagi perlukan semua ini. Kami pula yang akan menuntut segala hutang budi yang manusia ambil dari kami setelah selama 1,000 tahun kami bersabar tidak ambil sedikitpun nikmat kehidupan dari kamu malah hanya cukup makan minum untuk jasad kami. Sekarang kamu akan membayar harga “dunia” yang kami binakan untuk kamu.

Paus Benedict XVI sudah hampir selesai pekerjaannya. Sedikit masa lagi Vatican melepaskan “Penghulu Segala Paus” iaitu Paus Roman Peter II. Dia adalah Paus yang paling hebat, paling agung, yang terakhir sebelum hari pengadilan (hari kiamat). Dia akan menunggu Muhammad ke-2 (Imam Al-Mahdi) datang. Habislah Muhammad ke-2 nanti.

Zaim: Sungguh misteri pihak pakcik ini. Kami Islam percaya yang Nabi Isa a.s akan berpihak kepada Imam Al-Mahdi padahal pihak pakcik adalah pengikut Nabi Isa a.s. Siapakah sebenarnya gereja sehingga Nabi Isa a.s sendiri tidak berpihak kepada Kristian. Macamana dengan Paus? Apa kedudukan dia apabila Nabi Isa a.s turun ke dunia nanti?

Jiran itu tidak menjawab sepatah pun. Dia hanya membisu dengan senyuman sinis.

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican