Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Tuesday, 24 February 2015

Penghasilan Jutaan Jiwa Manusia

Zaim: Saya tengok pakcik, kawan-kawan pakcik dan paderi muka lebih kurang sama sahaja. Malah muka Paus macam muka pakcik. Muka pakcik macam muka Paus. Sekarang ini susah untuk bezakan wajah Yahudi dengan orang-orang Amerika, Eropah. Semua lebih kurang sahaja. Apa sebabnya?

Bishop: Orang seperti kamu bila melihat wajah manusia itulah yang kamu katakan. Tapi kami melihat wajah manusia terus tembus ke lubuk hati mereka. Apa yang mereka lalui seharian, apa yang ada di jiwa merekalah yang menyebabkan wajah mereka seperti ini dan seperti itu.

Zaim: Apa kaitan kehidupan seharian, jiwa dan wajah? Setakat muka, alat solek pun boleh tukar muka.

Bishop: Pope Benedict (Paus) paling arif akan hal ini. Kami gelarkan dia sebagai “Millon Soul Man”. Ya, ada berjuta- juta jenis jiwa manusia di dunia ini. Perbezaan jenis jiwa-jiwa itu sangatlah kecil umpama tebal kertas yang dibahagi 1,000.

Seseorang yang namanya Paus mampu menghitung seperti itu walaupun di depannya ada jutaan manusia. Dia mampu menyebut mereka satu per satu. Ini adalah kemampuan Muhammad dan sahabat-sahabatnya yang kini menjadi milik kami.

Perasaan kamu itu terhasil dari gerak balas terhadap 'barangan buatan kami'. Kamu lakukannya setiap hari yang lama-kelamaan menjadi seperti air yang menitis menjadi lopak. Bila lopak itu kelihatan ia telah menjadi jiwa. Huruf, abjad dan ayat tidak layak sebagai bahasa maka wajah kamu adalah sebaik bahasa yang mampu menerangkan apa yang terkandung di hati kamu.  Cantik atau hodoh bukan penentu tapi terang atau malap cahaya di wajah kamu.

Zaim: Tadi pakcik cakap ada berjuta jiwa manusia. Banyak sangat, macmana boleh jadi seperti itu? Yang saya lihat manusia ni cuma ada 4 jenis jiwa sahaja iaitu jahat, sederhana, baik dan sangat baik. Tapi gereja nampak ada berjuta-juta jenis pula. Pelik dan ajaib.

Bishop: Sebab itu kami wujudkan pelbagai aktiviti kehidupan manusia yang tiada pada zaman Muhammad dahulu. Sehingga hari ini ada pelbagai peranan manusia yang palsu. Dari kecil kamu ke sekolah, ke universti, bekerja yang di dalamnya terdapat berjuta-juta pekerjaan (kerjaya).

Dengan berjuta-juta akitiviti tersebut maka berjuta-juta jiwa terhasil. Manusia ini sungguh bodoh. Mereka begitu menyayangi pekerjaan malah kami buatkan mereka tersepit jika tiada kerjaya. Oleh itu mereka akan menyayanginya malah berebut-rebut memilikinya.

Zaim: Untuk apa pihak pakcik mewujudkan berjuta-juta jiwa manusia? Apa pihak pakcik sudah buat? Pakcik sendiri tidak bekerja, sembayang sahaja kuat.

Bishop: Ada pelbagai agama di dunia ini. Wajah-wajah manusia bergantung kepada agama yang mereka anuti. Wajah orang Islam lain, orang Kristian lain, orang Yahudi lain, orang Hindu lain, orang Buddha lain.

Perbezaan wajah manusia pada masa itu sangat ketara sebab aktiviti seharian mereka berlainan. Aktiviti seharian mereka adalah agama dan tidak wujud perkara lain.

Oleh sebab itu kami berusaha untuk melucutkan wajah-wajah agama dalam diri mereka. Kami cipta aktiviti kehidupan yang kamu lihat pada hari ini yang membuatkan wajah mereka akan kelihatan sama saja dan jiwa mereka pasti sama.

Misalnya begini, cuba kamu lihat wajah orang yang berumur 20 tahun pada hari ini dan kemudian lihat wajah orang yang mempunyai umur yang sama tetapi hidup 30 tahun yang lepas. Kamu bandingkan dan adakah sama?

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican