Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Thursday, 19 February 2015

Siapa Jesuit Priest?


Zaim: Siapa tu?

Bishop: 1,000 orang ulama Islam bersamaan dengan satu orang Jesuit Priest.

Zaim: Pasal apa pula?

700 tahun dahulu dulu ungkapan-ungkapan seperti kata-kata berhikmah yang dipenuhi ilmu, fakta dan teori adalah perbualan biasa adalah perbualan harian kami yang kini di perluaskan oleh mereka yang bergelar profesor, doktor dan bijak pandai.

Kami merancang dan telah menghasilkan orang-orang seperti profesor, doktor dan mereka semua itu. Kebijaksanaan mereka tidak akan lari dari tujuan ilmu itu kami hasilkan. Seluas mana pun ianya berkembang pasti masih di bawah tujuan perancangan kami cuma mata mereka yang akan melihatnya berubah-ubah.

Zaim: Bukankah universiti dan gereja itu berasingan organisasi? Macamana pula gereja boleh memindahkan ilmu tersebut sebab tiada pun kelihatan paderi yang menjadi pensyarah di universiti di dunia ini. Di Malaysia, paderi di sana hanya menguruskan gereja sahaja.

Bishop: Semasa pra-kemerdekaan di wilayah-wilayah jajahan Eropah seperti kamu, pemimpin-pemimpin kamu yang memperjuangkan kemerdekaan itu telah belajar dengan orang yang kami ajarkan. Cuba kamu perhatikan cendekiawan, ahli falsafah, ilmuan yang nama mereka terpahat di dinding-dinding sekolah kamu, apa yang guru-guru kamu katakan pada waktu itu?

Zaim: Yang saya ingat, mereka adalah orang yang bijak dan tidak ingat dunia. Mereka adalah pengasas ilmu disebabkan wujud perasaan ingin tahu yang sangat mendalam dalam jiwa mereka.

Bishop: Saya pasti apa yang kamu cakap itu mesti tercetak di buku-buku teks sekolah.

Zaim: Bagaimana pakcik tahu hal ini?

Bishop: Pejuang kemerdekaanlah yang bawa nama mereka supaya diperkenalkan kepada kamu sejak kanak-kanak lagi supaya mereka mengagumi anak-anak murid kami.

Zaim: Kenapa pula gereja mahu mereka mengagumi para cendekiawan barat? Kenapa tidak letak nama pihak pakcik sahaja dan pihak pakcik yang akan popular?

Bishop: Kami tidak mahu mereka tahu ilmu-ilmu yang diajar dari sekolah hingga universiti itu adalah ilmu kami. Kami reka keadaan yang menampakkan ilmu itu muncul secara semulajadi. Kami mahu mereka rasa ilmu itu seolah-olah bukan datang dari kebijaksanaan gereja.

Zaim: Semasa saya sekolah dulu memang saya rasa seperti semua orang mampu jika ada sifat ingin tahu sebagaimana yang cikgu ajarkan di sekolah.

Bishop: Sifat ingin tahu itu sebenarnya tidak wujud dalam diri cendekiawan barat. Kami yang rancang supaya anda berfikir seperti itu. Tidak mungkin manusia sedunia yang pelbagai kaum dan agama itu mahu belajar ilmu di universiti jika mereka tahu ia adalah perancangan gereja?

Zaim: Bunyinya seperti gereja ada kaitan dengan zaman penjajahan di seluruh dunia seperti British, Belanda, Sepanyol, Perancis dan lain-lain. Adakah benar?

Bishop: Benar.

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican