Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Tuesday, 24 February 2015

Wali Islam Celaka?

Zaim: Wah! hebat juga pihak pakcik tidak perlu menulis 'Benedictine Order' pada kertas. Kalau bukan tulis pada kertas, Vatican tulis dimana? Mustahillah pakcik! Perkara ini begitu rumit. Akal manusia tak mampu ingat semua ni.

Bishop: Tiada masalah bagi Paus malah Paderi sekalipun. 'Benedictine Order' hanya berlegar-legar di ingatan mereka. Kami sangat kenal wali-wali Islam lebih dari anak murid wali itu sendiri mengenali gurunya.

Wali Islam lebih mulia dari malaikat. Mulia bukan setakat nama malah wali Islam mampu melakukan sesuatu yang malaikat mampu lakukan.

Zaim: Memanglah wali-wali Allah Subḥānahu wa ta'āla mulia. Manusia dan malaikat kan makhluk yang berbeza, berbeza alam. Mana mungkin manusia mampu melakukan perkara yang malaikat boleh lakukan.
Bishop: Tuhan Muhammad pernah berkata bahawa malaikat mampu mengira jumlah titisan hujan yang turun dari langit tetapi wali Islam mampu mengira kerosakan jiwa manusia satu per satu dan sebab ia berlaku umpama jumlah titisan hujan yang turun ke bumi.

'Benedictine Order'  akan merosakkan jiwa manusia sedikit demi sedikit umpama titsan hujan yang turun ke bumi. Wali Islam memang celaka.

Mereka ini akan menggangu urusan Paus. Wali Islam mampu menghidu ''Benedictine Order' '. Maka 'The Knight Templar' telah menjejaki bumi wali Islam sehingga ke timur dan ke bumi bangsa Melayu di Nusantara.

Di Nusantara, 'The Knight Templar' telah menemui “tapak kaki” terakhir wali-wali Islam. Mereka perlu ditentang dan dibunuh. Paus pernah mengarahkan 'The Knight Templar' untuk membunuh Wali Sembilan atau ingin melihat tapak kaki Wali Sembilan di Rome.

Rupa-rupanya wali-wali Islam hanya tahu perkara-perkara yang menyebabkan kerosakan jiwa. Tetapi tidak tahu bagaimana mahu menghasilkan perkara-perkara itu. Wali-wali Islam bukan tandingan kepada kebijaksanaan Paus dan 'wali-wali gereja'.

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican