Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Tuesday, 24 February 2015

Kefahaman Vatican Terhadap Al-Quran

Bishop: Saya sangat gembira dengan cara orang Islam memahami Al-Quran. Mereka membaca dengan suara yang merdu kemudian mendapat pingat. Kami tidak memberi pingat kepada pembaca Injil sebab Bible pada hari ini tidak dapat diperbaiki kesalahannya selepas kami mengubahnya mengikut kemahuan pelan rancangan kami.
  
Zaim: Benarkah paderi-paderi, Jesuit dan Bishop pernah baca Al-Quran dan mereka menghafalnya? Saya pernah dengar yang gereja mengkajinya tapi adakah sama seperti orang Islam mengkaji ?

Jiran saya hanya tersenyum dan menganggukkan kepala sahaja kemudian termenung jauh.

Bishop: Pertama kali kami berkenalan dengan Al-Quran selepas Muhammad diambil Tuhannya dan kami hanya membaca dengan telinga. Selepas Salahudin mati, kami membaca dengan mata, lidah, hidung, tangan, kaki dan kulit.

Kami buka halaman pertama,  kami baca kemudian kami datang kepada dunia dan hasilkannya. Kemudian kami buka halaman kedua, kami baca kemudian kami berkata, “Oh…begini rupanya kehidupan manusia diciptakan Tuhan. Kita perlu lakukan sesuatu.” Kami datang kepada dunia dan hasilkannya. Kemudian kami buka halaman ketiga, kami baca kemudian kami berkata, “ Alamak! Tuhan buat begini pula, kita tidak boleh biarkan, kita mesti buat sesuatu”. Kami datang kepada dunia dan hasilkannya. Dan begitulah sehingga halaman terakhir.

Dan siapakah kamu orang Islam pada hari ini? Kamu melihat dunia yang kami hasilkan tadi kemudian kamu datang kepada Al-Quran dan berkata, “Apa ayat yang aku nak guna dan tampal bila aku berhujah di depan orang nanti? Ayat ini bolehlah.”

Kamu datang kepada dunia kemudian berkata, "Lihat dunia telah berlaku seperti ini, seperti itu, cuba rujuk ayat ini, ayat itu, hadis ini, hadis itu kemudian kamu dengan bangga berkata  “Inilah janji Tuhan yang ayat Al-Quran dijamin tidak akan berubah”.
   
Kami sengaja membiarkan tulisan-tulisan pada kertas itu kekal kemudian kami berpura-pura hendak mengubah tulisan dan berpura-pura gagal supaya kamu berkata, “Inilah janji Tuhan yang ayat Al-Quran dijamin tidak akan berubah”.

Sungguh bijaksana orang Islam. Janji Tuhan disangkanya tulisan-tulisan yang membuatkan raja mereka berkuasa ke atas agama dan adat sahaja telah menyebabkan rakyatnya berharap pada dakwat dan pena. Dan hari ini mereka berlaga dakwat siapa lagi pekat, pena siapa lagi berkilat. Teramat besarlah jasa zaman penjajahan kepada tuannya.

Zaim: Ikut suka hati sahaja pakcik cakap. Kalau pihak pakcik tidak ubah tulisan pun orang-orang kami ada Al-Hafiz dan Hafizah yang sememangya sudah hafal sepenuhya Al-Quran dan terjemahanya. Yang ini bukan janji Tuahn?

Bishop: Hafalan mereka hanyalah tulisan-tulisan. Apabila kamu bertanya tentang Al-Quran kepada mereka, ingatan mereka akan kembali menjadi tulisan semula.

Jiran itu hampir ketawa tapi cepat-cepat dia tutup mulut dengan tangannya, dengusan hidung dan matanya berlinangan dan hampir gugurkan air mata seperti terlalu merasakan kebodohan umat Islam betul-betul menggelikan hatinya dan aku rasa sangat malu bila tengok reaksinya.

Bishop: Maafkan saya tapi kalau kamu mahu lihat kebenaranya pergilah uji mereka.

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican