Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Tuesday, 24 February 2015

Nasib Manusia Keseluruhannya Ditentukan Dengan Angka

Zaim: Bagaimana seorang manusia seperti Paus, Paus Benedict XVI boleh menentukan nasib manusia dengan angka. Apakah angka tersebut?

Bishop: Angka itu adalah apa yang manusia sebut ia sebagai 'mata wang'. Lihatlah wahai manusia bagaimana kamu dikawal kehidupan hanya dengan angka sahaja. Bukan apa pun, dengan angka sahaja. Lihatlah penderitaan manusia yang disebabkan 'tidak cukup angka dalam poket mereka'. Mereka kelaparan, tidak mampu berkahwin, bermusuh, membunuh, mencuri, menindas dan mereka mengkhianati sesama sendiri. Semua disebabkan 'angka-angka pada kertas'.

Dan pada waktu ini kamu sedang berkata 'ini cuma duit saja bukan ada apa-apa pun'. Jika mata kamu lihat duit maka kamu akan kata itu adalah duit. Bodoh sungguh! 'Benedictine Order'  telah membina kelemahan manusia supaya menilai sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat di depan mata saja.

Sekarang ini katakanlah kepada saya,'Saya bangga jadi seorang ahli perniagaan', 'Saya bangga mendapat ijazah'. Kasihan sungguh manusia. Manusia sendiri menjayakan 'Benedictine Order' . Wahai Muhammad! segala usaha kamu dahulu telah hancur lebur.

Zaman Muhammad cuma ada pasar. 'pasar' telah menjadi 'pasaran', 'wang' telah menjadi 'mata wang'. Terima kasih kasih kepada dua orang Kesatria Vatican iaitu Keluarga Weishpaut dan Keluarga Rotschild dan tidak lupa juga kepada Keluarga Rockefellar.

Angka-angka yang boleh dipegang dengan tangan sekarang ini hanya untuk dilihat sahaja. Wahyu terakhir Al-Quran sudah sempurna diperangi. Cuma tunggu Paus Terakhir sahaja yang bukan sahaja menjentik angka ini tapi untuk pijak habis-habisan angka-angka ini.

Zaim: 'Benedictine Order' ini sungguh rumit sehingga saya sudah tidak tahu mana hujung pangkalnya. Tidak tahu bagaimana semua ini bermula.

Bishop: 'Benedictine Order'  boleh dilihat dengan hati. Hati kamu mesti lebih pantas dari pandangan mata supaya akal kamu tidak ditipu pandangan mata. Tetapi saya lihat kamu tidak mampu.

Zaim: Jika manusia biasa tidak mampu melihatnya macamana kami boleh terlibat sama dengan 'Benedictine Order' padahal kami tidak tahu kewujudannya?

Bishop: Untuk itu kami telah menghasilkan makhluk yang sama pantas seperti malaikat.

Kadang-kadang bila kita tengok bursa saham, nilai mata wang kita tak tahu bagaimana ianya terhasil kemudian dengan tak sengaja terberi kuasa pada orang untuk mengawal kita. Silap kita kerana menganggap ia cuma nombor2 sahaja. Kalau bisnes forex atau internet lagi teruk. Tiba-tiba sahaja dapat duit tapi tak tahu macamana ia berlaku. Mungkin ada orang yang tertindas disebabkan keuntungan kita kerana kita tak nampak depan mata.

Zaim: Vatican mencipta makhluk yang sama pantas seperti malaikat? Adakah ini suatu perumpamaan atau memang makhluk ini sebenarnya ada dan boleh dilihat?

Bishop: Makhluk hina ini hanya sebagai sebab saja dan tidak penting bagi kami. Apa yang lebih utama adalah serapuh mana jiwa manusia dapat dihasilkan dengan masa yang semakin suntuk ini. Ya, hanya tinggal setahun dua ini sahaja lagi.

Tujuan penciptaan adalah arahan Vatican. Yang membuatnya adalah kesatria-kesatria tetapi ia tidak terus dicipta. Apabila 'Benedictine Order'  telah sempurna duduk bertakhta di hati manusia barulah ia dilepaskan.

Zaim: Maksud pakcik makhluk ini bukan matlamat tetapi ia dicipta untuk membantu menjayakan 'Benedictine Order'? Apa yang pihak pakcik buat sebelum makhluk ini dilepaskan?

Bishop: Semasa penjajahan, walaupun pemerintahan telah dipisahkan dengan raja yang hanya menguruskan agama dan budaya, hasilnya masih tidak memuaskan. Kerajaan di seluruh dunia telah digulingkan tapi semua agama di dunia ini masih tegak berdiri.

Umat Islam masih menyembah Tuhan Muhammad, umat kafir di timur dan barat, utara dan selatan masih menyembah berhala. Begitu sakit hati Paus dan paderi-paderi Vatican melihat suasana ini. Sakit hati yang teramat sangat. Banyak nyawa dan harta telah raja-raja Eropah korbankan untuk Vatican. Vatican bukan mahu kekayaan hasil bumi di tanah jajahan dan raja-raja Eropah untuk melindungi gereja.

Zaim: Kenapa kehidupan sesuatu rakyat tidak berubah walaupun kerajaan mereka telah digulingkan?

Bishop: Walaupun kerajaan mereka telah hancur tetapi rakyat masih mampu berdikari dan tidak ada masalah. Mereka lari ke ceruk hutan dan gua lalu mencari makanan sendiri. Kebergantungan kepada raja tidak wujud.

Rakyat tahu apa yang mereka harus lakukan. Mereka tidak perlukan pimpinan sesiapa. Sesiapa sahaja mampu berjuang. Merekalah raja, merekalah bapa, merekalah guru, merekalah rakyat. Seorang saja mampu buat pelbagai perkara.

Lalu Paus berkata, “Jadikan mereka setiap seorang satu kebolehan saja. Kamu akan lihat pemerintahan Paus-Paus Benedictine akan datang nanti, rakyat akan memberi makanan kepada pahlawan, pahlawan akan memberi keselamatan kepada rakyatnya, jika rakyat mati, pahlawan akan mati kelaparan.

Pisahkan antara pahlawan dan rakyat”. Kunci 'Benedictine Order'  adalah 'mewujudkan kebergantungan antara satu sama lain' supaya mereka menjadi benar-benar lemah sebelum Muhammad ke-2 datang.

Pecahkan mereka kepada banyak bahagian.

•    Rakyat yang menjadi pahlawan,
•    rakyat yang bercucuk tanam,
•    rakyat yang mengurus rakyat,
•    agamawan yang hanya menulis kitab dan
•    raja yang hanya patung sahaja.

Itulah yang dinamakan 'negara'. Tetapi selepas beberapa ratus tahun kemudian barulah kami dapat mewujudkan kebergantungan sehabis mungkin terhadap 'Benedictine Order'.

Zaim: Selepas beberapa ratus tahun? Jadi penjajahan dunia itu boleh dikira permulaan bagi Vatican mengusai manusia? Dalam masa itu apa yang Vatican telah lakukan? Bagi saya ianya suatu masa yang amat lama.


Bishop: Memang ianya mengambil masa yang lama untuk manusia menerima pakai order ini. Selepas penjajahan tamat, semua manusia tidak mahu peperangan berlaku lagi. Semua manusia telah terpadam semangat untuk berjuang.

Kami telah mengajarkan nenek moyang kamu ini supaya menyayangi jasad sendiri. Kesatria kami berkata kepada nenek moyang kamu, “Jangan risau..walaupun kami ini menjajah kami tetap akan menjaga keselamatan kamu. Kamu perlukan keamanan supaya kamu boleh beramal.”

Lalu nenek moyang kamu yang bodoh itu menjawab, “Ya..ada baiknya juga ada orang yang tolong menjaga keamanan untuk kami maka tidak perlulah kami bersusah-payah.” Bodoh sungguh mereka ini! Kami telah mewujudkan suatu kebergantungan yang paling asas sekali iaitu keselamatan jasad.

Zaim: Kenapa Vatican mahu penjajah jaga keselamatan kami? Kenapa tidak bunuh sahaja nenek moyang kami kan senang? Kami pun tiada nanti. Sungguh panjang perancangan Vatican. Keselamatan jasad, ada kait mengait ke dengan ''Benedictine Order' '?

Bishop: 'Benedictine Order'  akan berada di dalam setiap manusia. Masalah seterusnya ialah bagaimana hendak membuatkan manusia ini menerima 'Benedictine Order'  dalam keadaan mereka tidak sedar.
Ya, tidak sedar kerana Paus mahu ia berlaku tanpa berunding dengan manusia. Bila berunding dengan umat manusia maka akan wujud pilihan mahu atau tidak?

Bagi mengelakkan wujudnya pilihan maka ada sesuatu mesti berlaku supaya pilihan tidak wujud. Untuk membuatkan pilihan tidak wujud sesuatu mesti berlaku supaya orang tidak sedar apa yang sedang berlaku.

Untuk membuatkan manusia tidak sedar sesuatu yang berlaku mesti semuanya secara semulajadi. Bukan mudah untuk mengatasi daya fikiran manusia yang berbilion orang jumlahnya.

Zaim: Jadinya 'Benedictine Order' ini bukan suatu pilihan. Patutlah dulu pakcik cakap pasal bayi. Sejak bayi lagi 'Benedictine Order' sudah menguasai manusia. Apa yang pakcik maksudkan “sesuatu harus berlaku” supaya 'Benedictine Order' diterima tanpa wujud pilihan dan tidak disedari orang?

Bishop: Kamu masih ingat lagi! Ya, selepas jasad manusia selamat, manusia sudah menyukai suasana selamat maka peperangan besar-besaran harus berlaku sekali lagi supaya membuatkan manusia merasa mempertahankan jasad adalah syarat iman dapat dipertahankan. Untuk perang ini berlaku, para Paus Renaissance telah memudahkan pekerjaan para Paus Benedictine.

Renaissance telah mewujudkan manusia yang percaya ilmu-ilmu yang menyebabkan kesejahteraan terhadap jasad manusia lalu Vatican telah mewujudkan suatu suasana yang manusia panggil ia sebagai 'revolusi industri' maka umat kafir yang bodoh ini (orang Eropah) mula mencipta barang-barang yang memberi keselesaan kepada jasad. Bermula dengan ini umat manusia mula belajar menyayangi barang-barang ini.

Perlumbaan membuat senjata sengaja dijalankan supaya umat manusia rasa memiliki 'Benedictine Order'  suatu kewajipan. Perang dunia pertama direka supaya dapat membuatkan penjajah berkata kepada ulama-ulama kamu, “Rakyat perlu memiliki kemampuan serta kebolehan seperti orang-orang Eropah. Mungkin rakyat dijajah sekali lagi jika tidak mampu bersaing senjata. Perlu ada kemajuan ilmu.” Lalu raja dan ulama kamu yang bodoh itu berkata,  “Umat Islam mesti menguasai ilmu kerana dengan ilmu kita dapat mempertahankan diri kita.”

Oleh sebab itu penjajah mula menubuhkan pahlawan dari orang-orang tempatan dan ‘'Cantus'’ telah bertapak di tanah jajahan yang seperti saya ceritakan sebelum ini.

Zaim: Maksud pakcik perang dunia pertama ini hanya rekaan Vatican semata-mata untuk membuatkan manusia menerima 'Benedictine Order'? Sampai macam ini sekali perlu berlaku?

Bishop: Ya, Renaissance tidak boleh berlaku di timur sebab Islam telah memenangi jiwa manusia di sana terlebih dahulu. Jika renaissance mampu berlaku di sana maka mudah saja 'Benedictine Order' diterima oleh orang2 Timur.

'Benedictine Order' adalah musuh wali-wali Islam sebab itu mereka sengaja menjadi orang miskin. Jika nenek moyang kamu itu seharian mereka hanya solat sahaja, mana mungkin boleh disuruh menjadi seorang saintis, doktor, peguam, jurutera, artis secara tiba-tiba. Ya mustahil secara tiba-tiba tanpa sebab.

Paus memerintahkan penjajah supaya jangan sedikitpun wujud suasana paksaan maka perang harus direka sebaik mungkin supaya dapat membina kerelaan hati membina kerjasama umat supaya bersatu menghadapi peperangan.

Hitler adalah kesatria Vatican yang amat disayangi Paus Benedict XVI. Jasa Hitler menjayakan 'Benedictine Order' telah membuatkan kami merinduinya. ”Perjanjian Concordat” benar-benar memberi tuah kepada Vatican.

Zaim: Hah! Maksud pakcik Adolf Hitler dan Nazi? Wah! hebat betul sejarah menipu dunia ini. Tak terfikir saya macamana perang ini boleh direka.

Bishop: Selepas perang tamat maka umat manusia telah sedar betapa pentingnya ilmu ini. Ilmu 'benedictine'. Bodohlah nenek moyang kamu itu.

Disebabkan peperangan, keselamatan jasad manusia telah diragut. Manusia telah hidup menderita dan mula merasakan rindu kepada keamanan. Ini telah membuatkan penjajah berpeluang untuk berkata kepada mereka, “Lihatlah disebabkan rakyat mengabaikan kepentingan untuk memajukan diri, rakyat telah menjadi lemah kerana tidak dapat mempertahankan tanah air. Tidak ada ilmu untuk bersaing dengan negara musuh, bila sudah perang rakyat hendak beribadat pun tidak boleh”

Lalu penjajah berkata, “Kamu perlu mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air kamu. Jika tidak agama kamu pun tidak akan selamat. Peperangan ini sungguh kejam, membunuh dan menindas sesiapa saja dan kamu mesti tahu bagaimana nak mempertahankan diri.”

Lalu nenek moyang kamu yang bodoh itu pun menjawab, “Ya..benar, kami perlu selamatkan tanah air kami dan agama kami. Kami tidak mahu tanah air menjadi seperti negara-negara yang berperang itu. Sila ajar kami bagaimana nak mempertahankan tanah air kami.”

Perang dunia pertama telah membuatkan nenek moyang kamu tiada pilihan selain belajar dari penjajah. Tiada pilihan.

Paus sangat gembira dengan berita yang dibawa oleh paderi-paderi Jesuit. Maka Paus memerintahkan penjajah mengajarkan mereka ilmu-ilmu untuk melindungi keselamatan jasad, cara-cara membina sebuah kerajaan, mengajarkan mereka menguruskan wilayah dan meramaikan lagi pahlawan tempatan.

Pembesar-pembesar dan pejuang kemerdekaan kamu yang bodoh itulah orang terawal diajarkan 'Benedictine Order' . Pada waktu ini kamu belum diajar lagi ilmu Renaissance iaitu ilmu yang memberikan kenikmatan kepada jasad. Selepas itu paderi-paderi Jesuit telah mengadu kepada Paus bahawa 'benedictine' sudah mula diterima tetapi bagaimana ia akan mengalir sehingga ke setiap kelahiran manusia.

Kelahiran manusia lebih pantas dari 'Benedictine Order'  menjalar ke bumi. Vatican belum berpuas hati dengan pencapaian ini selagi ia tidak menjalar kepada semua manusia lalu Paus memerintahkan “Knight of Teutonic” untuk membantu kerja-kerja Knight of Templar apabila 'benedictine' telah sempurna membina landasan untuk dipelajari pula oleh setiap nyawa manusia nanti.

Malang sungguh umat sekalian manusia. Ilmu-ilmu cendekiawan Islam yang asli berada di tangan Vatican. Ilmu-ilmu yang penjajah ajarkan kepada kamu adalah ilmu-ilmu yang telah di “sihir” kan.

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican