Dikafirkan Tanpa Pedang Dileher
Zaim: Kalau sudah murtad tak dikira murtad, jadi macam mana erti murtad bagi pakcik?
Bishop: Murtad bagi saya adalah tidak mengetahui kedua-duanya. Diberi tangan kanan digenggamnya iman. Apabila dia membuka genggamanya dia melihat apa yang ada di tanganya dia tidak tahu apa dia.
Diberi tangan kiri digenggamnya kafir, apabila dia membuka genggamanya dia melihat apa yang ada di tanganya dia tidak tahu apa dia.
Dahulu kami cuba mengkafirkan sahabat-sahabat Muhammad dengan pedang di leher mereka, kami gagal kerana mereka sedar. Mereka melihat di depan mata mereka kami sedang memurtadkan mereka. Lihatlah 'Benedictine Order' akan mengkafirkan Islam tanpa pedang di leher mereka. Sungguh bodoh!
Islam yang terakhir ini akan kafir tanpa mereka menyembah berhala. Pekerjaan kamu seharian yang telah mengkafirkan kamu kerana kami satu-satunya kaum yang mengetahui dengan sebenar-benarnya bagaimana perhitungan Tuhan Muhammad. Tuhan Muhammad itu menghitung bukan mengikut kesukaan kamu.
Islam seperti apakah ini? Apabila kami katakan 'Benedictine Order' telah menyebabkan kerosakan jiwa saudara-saudara mereka lalu untuk menyedapkan hati sendiri mereka berkata, “Kami tidak buat apa apa pun, kami cuma mencari rezeki”.
Apabila mereka buat kebaikan, mereka berkata Tuhan menilai di atas diri mereka yang melakukannya. Apabila jasad mereka telah melakukan kejahatan, mereka mengatakan pula Tuhan menilai hati mereka. Tuhan Muhammad telah diperbodoh-bodohkan oleh penyembahnya sendiri. Maka dengan itu jugalah Tuhan Muhammad mengira mereka kafir walaupun mereka tidak berniat begitu.
'Benedictine Order' dicipta sempurna sehinggakan ia tidak memerlukan persetujuan dari hati kamu. Jasad kamu lakukan maka kamu akan dihitung oleh Allah di hari akhirat.
Zaim: Ish, kalau begini tiada siapalah yang akan terlepas dari dikafirkan sebab semua orang bersalah dan cuba menutup kesalahan diri dengan memperalatkan niat sahaja.
Bishop: Ya, dan Paus Roman Peter II telah mendapat pengikutnya yang ramai dari kalangan para perempuan (yang comel-comel). Lelaki yang mengikut Muhammad ke-2 akan meninggalkan perempuan ini walaupun perempuan ini adalah ibu, isteri dan anak mereka sendiri. Bodoh benar makhluk perempuan ini.
Setelah Muhammad yang terdahulu selamatkan mereka dari ditimbus di padang pasir, mereka khianat kembali kepada Muhammad. Nuh itu sudah merasa betapa sakitnya maka giliran kamu akan tiba nanti. Tuhan Nabi Muhammad telah menjanjikan pengikut kami terbanyak dari kalangan perempuan dan benar-benar telah memberikannya cuma kamu tidak menyedarinya.
Zaim: Adakah pakcik sekarang ini cerita pasal petanda Kiamat? Yang saya ingat, Islam sendiri ada mengatakan wanita adalah yang paling ramai menjadi pengikut Al-Masihud Dajjal dan masa itu hubungan sebagai suami, isteri, ibu dan anak akan terputus sehinggalah Nabi Isa a.s akan mengajar kembali manusia untuk membina keluarga semula.
Bishop: Ya, pada masa itu jiwa manusia yang benar-benar digenggam oleh Tuhan Muhammad saja yang sanggup meninggalkan orang yang mereka cintai dan mereka sayangi kerana iman kepada Tuhan. Manusia seperti ini adalah diluar kemampuan Vatican. Tapi saya tidak peduli mengenai si celaka ini kerana Paus sudah pun mempunyai pengikut yang meliputi isi bumi ini. Besi pun lebih lembut dari hati si celaka ini.
Bagaimanakah mereka ini mendapatkan kekuatan untuk mengabaikan orang yang mereka sayangi. Kekecewaan Lucifer (Iblis) telah disediakan Tuhan Muhammad. Kami tahu!
Akan tiba masanya kewajipan mentaati sesama manusia akan digugurkan oleh Tuhan Muhammad sehingga seorang anak yang meninggalkan ibunya sudah tidah dihitung sebagai derhaka.
Wahai Tuhan Muhammad, kami ingin saksikan bagaimanakah kamu akan melanggar hukum yang kamu sendiri telah ciptakan terhadap manusia. Pada waktu itu manusia akan merasakan bahawa Tuhan mereka telah menipu janji-janjinya. Paus akan buatkan Tuhan Muhammad terperangkap dengan suruhan agama ciptaannya.
Apabila Muhammad menyuruh kamu meninggalkan ibu kamu yang tidak lagi menyembah Tuhannya lalu dengan senang-senang saja Paus datang dan berkata, “Wahai Muhammad, bukankah dulu kamu mengajar mereka supaya mentaati orang tua mereka? Sekarang kamu mengajar mereka derhaka pula, kamu dan Tuhan kamu ini sememangnya penipu.”
Lihatlah mana satu pilihan kamu. Mereka yang menyertai Paus Roman Peter II akan berbahagia. Tidak perlu terpisah dengan keluarga mereka dan mereka yang memilih mengikut Muhamamd akan menderita. Derita yang teramat sangat sehingga pedang yang menyiat kulit mereka itu dirasakan seperti dihinggap nyamuk saja. Hati mereka umpama cermin yang bukan saja pecah tapi hancur luluh menjadi butiran pasir.