Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Tuesday, 24 February 2015

Penyembah Nabi Isa Ditawan

Zaim: Tadi pakcik cakap membaca Al-Quran selepas Salahudin mati (wafat). Gaya pakcik cakap berkenalan dengan Al-Quran selepas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diambil Tuhannya” itu seolah-olah orang pakcik sangat hampir dengan peristiwa itu. Saya kurang faham.

Bishop: Adalah sangat sukar untuk mengetahui rahsia Al-Quran tanpa Muhammad. Kami sempat belajar dengan memerhatikan sahabat-sahabatnya sahaja. Mereka begitu sibuk menawan dunia. Hampir suku bumi di bawah kekuasaan Islam.

Waktu itu kami masih di padang pasir tapi hampir tiada tanah lagi untuk kami berdiri kerana terlalu sibuk melebarkan empayar. Kami telah cuai dan kami membawa diri sehelai sepinggang meninggalkan tanah yang kami cintai.

Lalu kami menemui suatu bumi yang tidak pernah kami bayangkan sebelum ini. Bumi yang subur dengan tumbuhan, sungai yang mengalir deras dan sangat sejuk serta ada benda putih turun dari langit (salji).

Kami menemui suatu kaum yang sama kulit dan wajahnya seperti kami dan seperti pernah kami lihat dulu tapi tapi kami lupa. Alangkah terkejutnya kami bahawa kaum itu menyembah Nabi Isa. Ya, Nabi Isa yang kami bunuh dahulu.

Zaim: Apa kena mengena dengan Salahudin pula?

Bishop: Kami telah berkeluarga di sana dan kami telah kembali duduk di gereja. Tetapi di antara kami telah melakukan kesilapan besar. Kami tidak tahu bagaimana pahlawan Islam Salahuddin mendapat tahu Jacques De Molay sebenarnya tidak menyembah Nabi Isa. Kalau begini Salahuddin tidak akan benarkan setitis pun air mani kami tumpah ke atas bumi. Tamatlah riwayat kami semua. Kami bermati-matian ke atas Salahuddin.

Zaim: Oh..macam itu! Berkenaan dengan membaca Al-Quran dengan mata, lidah, hidung, tangan, kaki dan kulit itu apa pula?

Jiran itu hanya anggukkan kepala dan tersenyum puas seperti ada satu kejayaan besar.
Bishop:  Ya, penyembah Nabi Isa telah kami tawan, Salahuddin telah kami tewaskan dan sekarang ini kami perlu uruskan Al-Quran pula. Kami telah melaksanakan Al-Quran satu persatu mengikut giliran ianya diberi kepada Muhammad.

Dari satu ayat kepada satu ayat, dari satu surah kepada satu surah sehinggalah wahyu terakhir kepada Muhammad. Hampir 500 tahun kami berusaha untuk sampai kepada wahyu kedua terakhir.

Ia telah dilaksanakan dan yang teramat sukar mengerah kudrat kami seadanya adalahwahyu terakhir.

Zaim: Kenapa boleh ada yang pertama, yang kedua terakhir dan kemudiannya terakhir? Kenapa pihak pakcik tidak buat semua sekali?

Bishop: Kejayaan semua wahyu bergantung kepada keberhasilan wahyu terakhir. Jika wahyu terakhir gagal maka lahirlah seorang lagi Muhammad.

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican