Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Tuesday, 24 February 2015

Imam Al-Mahdi sukar diterima orang Islam?

Zaim: Pakcik ini dari tadi asyik cerita tentang kehebatan pihak pakcik sahaja, tiadakah perkara-perkara yang merisaukan pihak pakcik. Orang Kristian banyak masuk Islam, adakah ini tidak merisaukan pihak pakcik dan gereja buat tidak tahu?

Bishop: Alangkah umat Islam sendiri hilang Islam yang sebenar, inikan pula yang baru masuk Islam. Raja kami (Paus) Pope Benedict pernah beritahu bahawa kami tidak akan menemui Muhammad ke-2 (Imam Al-Mahdi) sebelum dia berjaya menemukan kami kepada khalayak ramai.

Zaim: Tapi Islam percaya Imam Al-Mahdi akan dilantik dan kemudian melaksanakan misinya?

Bishop: Bagaimana jika saya kata dia tidak tahu siapa dirinya. Dia mengetahui kebenaran dan melaksanakannya hanya kerana perasaan tanggungjawab. Perlantikanya sebagai Imam Al-Mahdi itu menandakan usahanya telah berhasil dan bukannya baru bermula.

Zaim: Tapi kenapa dia berjuang pada waktu dirinya belum dilantik? Adakah selepas dilantik tidak boleh berjuang?

Bishop: Inilah yang merisaukan kami. Al-Quran dan Muhammad tidak akan menipu tetapi ada sedikit helah yang disembunyikan daripada kami. Mana mungkin dengan mudah berkata dia Imam Al-Mahdi muncul dan dilantik. Kalau begini senanglah kami menemukannya.

Pope Benedict ada berkata bahawa Muhammad kali ini berbeza dengan Muhammad terdahulu. Ulama-ulama kamu dibiarkan hidup sebab Muhammad yang dimaksudkan sedikit pun tidak menyerupai mereka-mereka itu.

Muhammad akan kelihatan seperti 'penjenayah' iaitu orang yang melakukan kesalahan tetapi sebenarnya dia membawa kebenaran sedangkan kami pula seperti orang baik yang memperjuangkn nasib kamu. Ini kerana dia tidak mahu kebenaran tertanggung di bahunya.

Kamu tidak akan menemui sebarang huruf, abjad dan ayat di dalam usahanya.

Zaim: Habis itu siapa pula yang akan ikut Muhammad ke-2 ini? Bagaimana mereka mengetahuinya?

Bishop: Kalau kamu ingin tahu, kamu datang kepada sesiapa sahaja dan kemudian ceritakan kebenaran kepada mereka. Selepas kamu mendapat tempat di hati  mereka, mereka akan mengatakan kamu adalah orang yang baik-baik dan kata-kata kamu adalah paling benar. Oleh itu kebenaran sudah tertanggung di bahu kamu.

Mereka melihat kamu, nama kamu, kemudian kamu bersikap buruk lalu kamu perhatikan saja ragam mereka. Mereka akan mengatakan kamu adalah orang paling jahat dan kata-kata kamu adalah paling dusta. Mereka adalah orang yang paling lemah kerana memerlukan kebaikan kamu untuk membuat keputusan sama ada cerita yang kamu beritahu itu benar atau dusta.

Orang yang gagah adalah mereka yang tidak memerlukan kebaikan kamu untuk memutuskan bahawa cerita kamu itu benar dan tidak memerlukan kejahatan kamu untuk memutuskan bahawa cerita kamu itu dusta. Mereka ini adalah orang-orang yang akan menyertai Muhammad ke-2 (Imam Al-Mahdi). Mereka orang yang sudi menerimanya tidak kira bagaimana ia akan datang. Dan mereka adalah orang yang benar-benar yakin bahawa kebenaran itu milik Tuhan dan Muhammad hanyalah sebagai penyampai.

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican