Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Tuesday, 24 February 2015

Fungsi Manusia Dibahagi-bahagikan

Zaim: Kepantasan 'Benedictine Order' yang dikatakan direka sekecil zarah itu bagaimana?

Bishop: Membahagi-bahagikan fungsi manusia supaya tujuan dan hikmah sesuatu ciptaan 'Benedictine Order' tidak meresap ke dalam penglihatan mata manusia. Bila ia tidak meresap ke dalam penglihatan manusia maka semuanya akan menjadi indah belaka. Kejahatan akan dilihat sebagai kebaikan dan kebaikan akan dilihat sebagai kejahatan.

Membina kelemahan manusia supaya menilai sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat di depan mata saja. Misalnya di zaman Muhammad dahulu, jika dia seorang peniaga maka dia akan melakukan pekerjaan sebagai peniaga sahaja. Dialah yang menimbang, menerima bayaran dan menjual.

'Benedictine Order'  telah mengecilkan fungsi manusia seperti yang kamu lihat pada hari ini dalam kerajaan dan perniagaan yang mempunyai pelbagai tugas dan masalah. Kamu akan berkata, 'Saya hanya berniaga saja', 'saya hanya pekerja saja'. Maka bodohlah kamu kerana tidak mengetahui jika fungsi kamu digabungkan akan menjadi apa. Kamu merasakan ianya pekerjaan yang baik sebab kejahatan itu tidak berlaku di depan mata kamu.

Kejahatan 'direka sekecil zarah' memang kamu tidak nampak. Peranan manusia yang pelbagai ini apabila digabungkan akan memberi kuasa kepada Vatican untuk menentukan nasib masyarakat dunia.

Kuasa di hujung jari kami untuk mengawal berbilion manusia dengan angka-angka sahaja. Bila Paus jentik sahaja angka tersebut maka berjuta-juta manusia akan menderita.

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican