Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Tuesday, 24 February 2015

Kedahysatan 'Benedictine Order'

Zaim: Tadi pakcik cakap pekerjaan Paus Benedict XVI hampir selesai. Apa yang dia sudah buat? Kenapa ada orang ganti dia? Kenapa tidak terus memimpin sampai kiamat?
 
Bishop: Paus sudah tua. Jasad manusia ada usia tetapi jiwa tiada usia. Jiwa boleh diserahkan pada jasad yang masih hidup. Tiada masalah bagi mana-mana Paus jika jasad mereka mati jiwa mereka akan disambung oleh Paus yang seterusnya.

Paus Pius XII yang terdahulu telah melahirkan seorang hamba yang telah diberikan oleh Paus satu kuasa yang akan menemui sesiapa sahaja. Seseorang hamba yang akan menemui kamu tanpa jasad Paus di depan kamu.

Hamba ini akan pergi ke setiap manusia yang bernyawa. Ya, begitu pantas ia datang apabila bayi-bayi baru saja keluar dari rahim ibunya. Selepas itu hamba ini akan mengikut sehingga sejauh mana usia bayi-bayi itu. Hamba ini buta, tidak mempunyai rupa dan tidak mempunyai nama.

Zaim: Siapa hamba yang Paus Pius XII lahirkan itu? Adakah ianya berkaitan dengan orang?

Bishop: Paus Pius XII pernah berkata, “Siapkan jasad tanpa jiwa dan siapkan jiwa tanpa jasad?” Pekerjaan para Paus telah membuatkan lidah-lidah manusia berkata, “pecah dan perintah, pecah dan perintah” yang telah diajar kepada kamu dengan perbezaan warna kulit padahal kami menghasilkan ianya lebih halus lagi.

 “Pecah dan perintah” ke atas warna kulit kamu sudah dilakukan dengan meletakkan suatu kaum di suatu wilayah yang kamu kata ia “negara”. Selepas itu “pecah dan perintah” ke atas hati-hati kamu pula. Sungguh menakjubkan sehingga hari ini kamu masih memahami ia sebagai perbezaan warna kulit.

Selain sahabat-sahabat Muhammad, hanya kami sahaja yang mengerti apa itu, “Demi Tuhan yang jiwa Muhammad ditanganNya”. Sekarang ini ia telah menjadi “Demi Tuhan yang jiwa-jiwa manusia di tangan Paus.”

Muhammad sungguh bijaksana. Muhammad hanya membenarkan wujud hubungan Tuhan dan makhlukNya, Rasul dan umatnya, raja dan rakyatnya, ibu bapa dan anaknya dan tidak wujud hubungan lain.

Kami telah mewujudkan pelbagai hubungan manusia dengan watak kehidupan palsu. Contohnya sebuah perniagaan yang perlu ada orang yang bernama pengarah, timbalan, setiausaha, eksekutif dan lain-lain.

Perbezaan watak inilah yang akan 'pecah dan perintah.' Tidakkah mereka terfikir mengapa watak-watak ini tidak wujud semasa zaman Muhammad dahulu.

Kamu telah kami ajar supaya merasa diri sebagai kaum yang bodoh sekiranya tidak wujud semua watak-watak itu dalam kehidupan kamu.

Zaim: Nanti sekejap pakcik. Adakah ini yang dikatakan “hamba” Paus? Tiada sebarang simbol pun seperti sebelum ini?
Bishop: Ada. Para Paus telah menamakan “hamba” ini sebagai 'Benedictine Order'. Ya, 'Benedictine Order'. Ia sangat persis untuk mengetahui jiwa-jiwa manusia sama ada mereka akan menyembah Tuhan Muhammad atau menyembah Lucifer (Iblis).

Zaim: Aku ingatkan ianya orang. 'Benedictine Order'! adakah ia sesuatu seperti peraturan atau undang-undang?

Bishop: 'Benedictine Order' adalah segala perkara di dunia ini yang tertulis di atas kertas kemudian kamu akan mengatakan ia sebagai ilmu maka terjadilah diri kamu seperti hari ini. Bukan mudah nak membuatkan kamu menerima ia sebagai ilmu.

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican