Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Tuesday, 24 February 2015

Kunci Kerosakan Dunia

Zaim: Pakcik, kenapa kunci begitu penting di bendera itu? Apa istimewanya kunci ini? Kenapa tidak letak salib sahaja seperti biasa yang gereja gunakan?

Bishop: Itu bendera Vatican dan kunci itu adalah kunci dunia. Sebelum Muhammad diambil Tuhannya, di suatu pembaringan dia sedang diuji dengan sesuatu yang amat berat. Tuhannya memberi pilihan sama ada kembali disisiNya atau diberi “kunci dunia” dan hidup sehingga saat kerosakan umat akhir zaman.

Alangkah bagusnya jika Muhammad mengambil “kunci dunia” itu dan kami tidak perlu melakukkan apa-apapun kerana ianya pasti tertanggung di bahu Muhammad tapi Muhammad pantas menghidu kalau ianya akan menyebabkan umatnya mendapat kecelakaan.

Kami rampas “kunci dunia” itu dan membuatkan giginya mengikut kesukaan kami supaya apabila Muhammad ke-2 datang nanti kami dapat berkata, 'Hai Muhammad, inikah “kunci dunia” yang Tuhan kamu maksudkan? Ianya telah mendatangkan kecelakaan kepada mereka'.

Selepas itu mereka semua meninggalkan Muhammad dan datang kepada kami. Lalu bagaimanakah Muhammad dapat menuding jari ke arah kami kerana telah kami sematkan “kunci dunia” itu pada bendera kami. Akan kami hadiahkannya nanti kepada Muhammad.
  
Zaim: Adakah ini bermaksud “kunci dunia” yang Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak ambil itu sekarang telah berada di tangan Vatican?

Bishop: Ya. Bukannya jiwa-jiwa kamu yang membentuk persekitaran tapi persekitran dibina untuk membentuk jiwa-jiwa kamu mengikut apa yang kami kehendaki.

Zaim: Kalau “kunci dunia” berada di tangan pihak pakcik, macamana pula kunci dunia ini akan merosakkan kami?
Bishop: Muhammad dan sahabat-sahabatnya membina persekitarannya seperti “molekul-molekul yang disusun sebelah-menyebelah dan mengikat kuat antara satu sama lain”, Lucifer (Iblis) telah berputus asa terhadap perkara-perkara yang besar maka Muhammad mengingatkan sahabat-sahabatnya akan perkara-perkara yang kecil (molekul).

Kerosakan yang sekecil (molekul) telah berlaku kepada Islam sedetik selepas Muhammad diambil Tuhannya kerana Tuhan Muhammad menghitung pahala dan dosa sekecil zarah molekul. Ikatan molekul-molekul ini boleh menjadi longgar jika dihentam oleh daya sekecil zarah secara berterusan maka sekecil zarahlah kami membina perkara-perkara di dunia ini dan selebihya Lucifer (Iblis) akan menguruskanya.

Cuba lihat kesenangan di dunia ini yang tiada pada zaman Muhammad dahulu. Apa yang ada di dunia sekarang inilah yang membina hati dan jiwa kamu yang sedikit pun kami tidak ambil padahal kami yang membinanya hanya untuk kamu.

Lihatlah manusia di sekeliling kamu yang kebahagiaan mereka bergantung kepada 'barangan buatan kami'. Mereka sudah tidak mengerti bagaimana mahu bahagia dengan 'barangan buatan Tuhan'. Mereka semua akan sujud di kaki kami dan meninggalkan Muhammad.

Kami tidak perlu mempertahankan 'barangan buatan kami' apabila Muhammad ingin menghancurkannya tetapi lihatlah mereka yang akan mempertahankannya sendiri maka tercabutlah syahadah dari roh mereka.

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican