Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Thursday, 19 February 2015

Universiti Dipengaruhi Vatican

 
Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri kenapa budaya universiti di seluruh dunia hampir sama terutamanya apabila selesai pengajian? Tidakkah ini dapat dilihat sebagai sesuatu yang dirancang? Perancangan yang sangat rapi, tersusun, tanpa disedari sehingga ianya terlihat semulajadi.

Majlis konvokesyen dengan memakai jubah graduasi dan topi segitiga adalah idaman setiap orang

Zaim: Pakcik dari tadi asyik cakap “kami yang rancang, kami yang rancang”. Sekarang ini, katakanlah yang semua universiti di dunia ini ada pengaruh gereja, apa buktinya?

Bishop: Ada suatu hari di sebuah dewan, ada ramai orang dari kalangan pemimpin, orang kenamaan hinggalah ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan datang untuk mengucapkan tahniah, berkongsi kegembiraan, kesyukuran kerana mendapat segulung ijazah. Mereka bergambar bersama, memegang ijazah dan bunga di dada sambil melontar topi di awan dengan teriakan puas.

Zaim: Apa kaitannya?

Bishop: Jubah yang mereka pakai itu adalah pakaian kami. Seluruh dunia telah mengenakan jubah kami dengan perasaan yang begitu syahdu penuh bangga. Mereka telah jadi waris kami tanpa kami perlu wujud di depan mereka. Malah mereka berebut-rebut melayakkan diri ke majlis itu.

Zaim: Jika begitu, selepas saya selesai belajar nanti saya tidak akan memakai jubah itu.

Bishop: Dipersilakan jika mampu. Seorang yang menentang jubah ini akan ada 1,000 lagi yang akan menyarungnya. Mereka yang mengidamkan majlis inilah yang akan mempertahankannya sendiri. Kami tidak perlu berbuat apa-apa pun.

Zaim: Gereja juga yang rugi. Orang Islam semakin ramai yang pandai dan boleh bersaing.

Bishop: Sudah lama kami menanti orang Islam berkata seperti itu. Bukan mudah. Beratus tahun kami usahakan. Semakin ramai orang Islam memakai jubah kami semakin ramai juga yang akan melucutkan jubah Muhammad.

Zaim: Pakcik mungkin silap sebab semakin banyak institusi pengajian Islam di dunia termasuk di Malaysia.

Bishop: Kamu  tertinggal satu  ayat iaitu, "...dan umat Islam akan semakin hancur". Saya juga terlupa bertanya sesuatu kepada anda.

Zaim: Apa dia?

Bishop: Sekiranya ilmu yang kami lepaskan itu suatu kebaikan, mengapa tidak kami ajarkan kepada kaum kami sahaja dan membiarkan kamu mentadbir wilayah sendiri mengikut kesukaan kamu selepas diberikan kemerdekaan? Tak perlu jawab. Lidah kamu dan huruf-hurufnya tidak layak sebagai jawapannya.

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican