Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Tuesday, 24 February 2015

'Benedictine Order' Dalam Negara

Zaim: Walaupun hati saya mungkin akan sakit mendengarnya tapi saya sedia mendengar.

Bishop: Muhammad dan sahabat-sahabatnya tidak membenarkan ilmu sesuatu yang memberikan harga kepada diri sendiri maka kami hasilkan perkara-perkara yang berlawanan dengan Muhammad dan sahabat-sahabatnya.

Setiap perkara yang kamu lalui sehari-harian akan membentuk jiwa-jiwa kamu. Semasa kamu kanak-kanak kamu diajar menggunakan pancaindera, diajar bagaimana sesuatu ilmu itu akan meresap di otak kamu, diajar membaca, menulis, mengira, mewarna, bermain, berlari dan selepas itu kamu akan ditanya, “Bila sudah besar nanti nak jadi apa? Apa cita-cita kamu nanti?”.

Kamu pula diajar supaya menjawab “Bila saya sudah besar saya hendak jadi doktor, cita-cita saya menjadi peguam dan sebagainya.” Perbezaan jiwa belum wujud tetapi fungsi-fungsi watak sudah kamu fahami.

Selepas itu kamu akan diajar fungsi-fungsi ilmu, bagaimana setiap ilmu akan bertindak mengikut maknanya sendiri. Kamu merasa kagum dan percaya ilmu selepas itu kamu akan dipisahkan dengan orang lain.

Kamu diajar untuk menilai “pelajar pandai” dan “pelajar bodoh”. Pelajar pandai mendapat pujian, pelajar bodoh dimarahi oleh ibu mereka. Ini adalah asas untuk memecah belahkan kamu tetapi pada masa yang sama kamu diajar “perpaduan antara kaum” supaya kamu percaya warna kulit menyebabkan perpecahan padahal perbezaan ilmu adalah senjata.

Ilmu yang berbeza maka pekejaan kamu berbeza, berbezalah duit kamu, berbezalah rumah kamu, berbezalah perhiasan kamu, berbezalah maruah kamu. Selepas itu kamu diajar “miskin kaya tiada beza sama sahaja”. Maka lupalah kamu bagaimana ia bermula.

•    Pelbagai masalah kehidupan direka supaya pelbagai penyelesaian dapat direka.
•    Pelbagai penyelesaian direka supaya pelbagai ilmu dapat direka,
•    Pelbagai ilmu direka supaya pelbagai pekerjaan dapat direka,
•    Pelbagai pekerjaan direka supaya pelbagai taraf kehidupan dapat direka,
•    Pelbagai taraf kehidupan direka supaya pelbagai jiwa manusia dapat direka,
•    Pelbagai jiwa manusia direka supaya pelbagai maruah dapat direka,
•    Pelbagai maruah direka supaya pelbagai cara diri mereka akan dibeli.

Maruah yang akan mengkafirkan semua orang Islam dan mereka yang kafir sememangnya telah kafir.

Patutlah kadang-kadang aku tengok di hotel-hotel, orang Islam yang kononnya 'smart' dengan selamba minum arak yang bermaksud mereka ini sebenarnya telah kafir. Kalau yang sudah kafir itu memang tiada orang peduli pun sebab mereka sememangnya begitu. Kalau perempuan Islam yang sengaja tak pakai tudung itu agak-agak tarafnya apa?  

Zaim: Perhhh!! Teliti betul kerja pihak pakcik ini. Tapi bagaimana ‘maruah’ boleh mengkafirkan orang-orang Islam? Apa buktinya? Bukannya kami tiada fikiran untuk menilai macamana sesuatu keadaan itu untuk dinilai sebagai kafir.

Bishop: 'Benedictine Order'' telah berkuasa terhadap semua manusia di planet ini. Tiada siapa dapat melarikan diri malah manusia berebut-rebut memilikinya. Mereka sangat menyayangi diri sendiri malah mereka akan mempertahankan maruah ini dengan apa cara sekalipun. Kami tidak perlu buat apa-apapun, percayalah!

Seperti ‘'Cantus'’, kami juga memberikan pakaian yang indah kepada mereka ini dan mereka benar-benar sukakannya malah jika Paus berkata kepada mereka 'pakaian ini adalah khidmat kamu kepadaku'  mereka akan menafikannya.

Bagaimanakah Muhammad ke-2 (Imam Al-Mahdi) dapat menyelamatkan mereka sedangkan Paus sendiri sudah mengatakan kebenaran tetapi ditolak?

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican