Misi Rahsia Mengkafirkan Umat Manusia Secara Semulajadi

Tuesday, 24 February 2015

PBB Ejen 'Benedictine Order'

Zaim: Kenapa pihak pakcik perlu buatkan kami menerima ia sebagai ilmu?

Bishop: Sebab ilmu itu sebenarnya adalah undang-undang. Ilmu adalah undang-undang untuk jiwa kamu dan undang-undang bertulis yang ada di dunia ini masih lagi sebagai undang-undang tetapi ia untuk jasad kamu.

Contohnya ilmu “sains”. Kenapa ia diajar kepada kamu dalam bentuk ia sebagai ilmu dan bukan ia diajar dalam bentuk undang-undang?

Sudah pasti kamu tidak mahu belajar sebab kamu akan lihat ia sebagai suatu paksaan. Para Paus telah amanahkan 'Benedictine Order' ini kepada United Nation (UN).

Zaim: United Nation (UN)? Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu? Apakah pakcik sudah gila dan mengarut? PBB adalah badan kebajikan dan membantu negara miskin serta menjadi rujukan mana-mana negara di dunia ini. Pakcik jangan cakap sembarangan.

Bishop: 'Benedictine Order'' is symbolize by the olive wheat and grain” dan kamu lihat UN menggunakan simbol 'benedictine'. Para Paus telah membina perjuangan yang akan diselesaikan oleh Paus yang akan datang.

Perasan juga aku yang logo PBB itu memang ada simbol 'benedictine'. Planet bumi di dalam dan diluarnya ada simbol mengelilingi bumi seperti padi dan ada bentuk gandum, macam daun zaitun pun ada di kanan dan kiri.

Saya tahu apabila kamu mendengar United Nation, di fikiran kamu akan terbayang suatu kuasa besar dari sebesar-besar undang-undang sehingga sekecil-kecil undang-undang dilaksanakan. Pertama kali 'Benedictine Order'  datang kepada kamu apabila kamu lahir saja bilamana perlu daftar sijil lahir sehinggalah kamu mati kena daftar sijil mati juga dan 'Benedictine Order'  terpisahlah dari kamu.

Tidak kiralah undang-undang jenayah, undang-undang ekonomi, undang-undang jalan raya sekalipun dan apa sahaja di dunia ini yang namanya undang-undang ia adalah 'Benedictine Order'.

Zaim: Ah, tidak mungkinlah pakcik. Bukankah setiap negara ada peruntukan dan menggubal undang-undang sendiri? Macamana pakcik kata semua undang-undang di dunia ini milik gereja?

Bishop: Saya tidak menipu kamu. Lihat saja di mana-mana negara sekalipun pada bendera, jata, mahkamah, perlembagaan dan apa saja yang seumpamanya semuanya memakai simbol benedictine. ''Cantus'’ dan 'Benedictine' seperti adik-beradik yang mereka tidak boleh dipisahkan.
  
Zaim: Undang-undang untuk jiwa? Kalau 'Benedictine Order'  untuk undang-undang jasad manusia sudah ada simbol pada jata, bendera, perlembagaan semua itu, 'Benedictine Order'  untuk undang-undang jiwa manusia apa pula?

Bishop: Ini adalah yang berat sekali bagi kamu dan katakanlah pada saya yang kamu tidak ingin mengetahuinya.

Total Pageviews

Translate

Artikel Popular

Rahsia Vatican